Pengenalpastian polifenol daripada Camellia sinensis (Teh)

Nor Aishah Md. Ibrahim, (2008) Pengenalpastian polifenol daripada Camellia sinensis (Teh). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Pengenalpastian polifenol.pdf

Download (8MB)

Abstract

Camellia sinensis atau lebih dikenali sebagai teh adalah salah satu minuman yang terkenal di dunia. C. merupakan spesies yang kaya dengan polifenol. Polifenol merupakan molekul semulajadi yang mengandungi satu atau lebih daripada satu gelang hidroksilik. Objektifkajian ini adalah untuk mengenalpasti kandungan polifenol dan mengkaji aktiviti antioksida pada C .. Sampel C. diambil dan Ladang Teh Sabah. Metanol digunakan sebagai pelarut semasa proses pengekstrakan dilakukan. Penyaringan fitokimia dilakukan untuk mengenalpasti kandungan polifenol C .. Manakala ujian antioksida dilakukan untuk mengkaji aktiviti antioksida pada C .. Teh organik menghasilkan 3.53g jisirn ekstrak selepas pegekstrakan. Manakala teh bukan organik menghasilkan 3.29g jisim ekstrak. Penyaringan fitokirnia menunjukkan kehadiran sebatian fenolik, flavonol. leukoantosianin, polifenol dan katekin pada kedua-dua sampel ini. Ujian antioksida pula menunjukkan bahawa teh organik mempunyai aktiviti antioksida yang lebih baik berbanding teh bukan organik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: tea, Camellia sinensis, polyphenols content, antioxidative
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 17 Jul 2018 05:59
Last Modified: 17 Jul 2018 05:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20509

Actions (login required)

View Item View Item