Kepekatan fosfat & nitrat air tasik SST

Lim, Yen Fen (2008) Kepekatan fosfat & nitrat air tasik SST. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kepekatan fosfat.pdf

Download (10MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan dalam tiga minggu pada Januari 2008 untuk menilai kepekatan fosfat and nitrat di tasik yang terletak di belakang bangunan Sekolah Sains & Teknologi; Kepekatan nutrien antara dua input and output untuk tasik tersebut. Sebanyak sembilan stesen persampelan telah dipilih untuk kajian ini, iaitu S1, S2, S3, S4, S5, S6, S7,O1 & O2; di mana Si & S2 ialah stesen replikasi untuk input 01; S3 & S4 sebagai input 02; S5 & S6 sebagai output S7. Terdapat tujuh parameter kualiti air tasik dianalisis dengan in-situ dan ex-situ tempoh hari di sebelah pagi. Analisis di makmal pula adalah berpandukan kaedah di Standard Methods (1992) dan HACH manual. Keputusan bagi parameter in-situ kualiti air tasik ialah pH (5.04-7.07), suhu (26.15 °C- 31.16 °C), oksigen terlarut, DO (2.91 mg/L - 5.63 mg/L), Saliniti (0.05 - 0.23), kekonduksian elektrik (97 μscm 1- 483 μscm 1). Manakala keputusan ex-situ analisis kualiti air tasik ialah fosfat (1.025 mg/L⁻¹.789 mg/L) dan nitrat di antara julat dari 1.3 mg/L hingga 4.5 mg/L. Tidak ada bacaan nilai signifikan perbezaan kepekatan kedua-dua nutrien antara dua input dan output dengan menggunakan SPSS 14.0. Terdapat signifikan perbezaan (P<0.05) untuk korelasi antara nitrat, EC dan saliniti. Signifikan perbezaan (P<0.01) untuk korelasi yang tinggi antara saliniti dengan EC. Aktiviti-aktiviti yang baru-baru ini dijalankan, seperti kerja-kerja pembaikan, pemotongan rumput, pembuangan sisa-sisa dan pembangunan bukan mapan yang berlaku di sekitar kawasan tasik. Secara kesimpulan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan itu akan membawa kesan bagi tasik itu dan kualiti air tasik akan terjejas untuk tempoh masa yang panjang.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: concentration, phosphate, nitrate, lake
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 17 Jul 2018 05:58
Last Modified: 17 Jul 2018 05:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20511

Actions (login required)

View Item View Item