Pembudayaan Lepa dan Sambulayang dalam kalangan suku kaum Bajau di Semporna, Sabah

Ismail Ali, Pembudayaan Lepa dan Sambulayang dalam kalangan suku kaum Bajau di Semporna, Sabah. Journal SOSIOHUMANIKA, 3 (2).

[img] Text
Pembudayaan Lepa dan Sambulayang dalam kalangan suku kaum Bajau di Semporna.pdf

Download (96kB)

Abstract

”Lepa” dan ”Sambulayang” merupakan dua ikon yang tidak dapat dipisahkan dengan suku kaum Bajau di Semporna, Sabah, Malaysia. Pada bulan April setiap tahun, para penduduk – termasuk pelancong dari dalam dan luar negara – berpeluang untuk menyaksikan sendiri keunikan kebudayaan suku kaum Bajau tersebut yang diterjemahkan melalui ”Regatta Lepa” yang juga dikenali sebagai ”Pesta Sambulayang” dan disinonimkan dengan kebudayaan kaum Bajau Laut. Walau bagaimanapun, tanggapan dan tafsiran tersebut nampaknya kurang disenangi oleh sesetengah suku kaum Bajau lain (Bajau Darat) yang mendakwa bahawa budaya ”Lepa” dan ”Sambulayang” sebenarnya bukannya warisan Bajau Laut tetapi milik kaum Bajau Darat (Bajau Kubang). Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menilai sejauhmana benarnya budaya “Lepa” dan “Sambulayang” adalah warisan kaum Bajau Laut atau sebaliknya, iaitu suku kaum Bajau lain di Semporna seperti Bajau Kubang, Bajau Ubian, Bajau Sengkuang, Bajau Sampulna, dan Bajau Simunul. Persoalan kedua ialah apakah budaya “Sambulayang” adalah warisan Kesultanan Sulu; dan persoalan ketiga ialah mengapakah berlakunya kesilapan oleh para pengkaji dan masyarakat umum dalam membuat tafsiran terhadap “Lepa” seperti yang diungkapkan dalam peribahasa Melayu yang berbunyi “sapi punya susu, lembu dapat nama”. Kajian ini penting untuk menjawab persoalan di atas dan sekaligus memperbetulkan semula pemahaman dan tanggapan masyarakat terhadap “Lepa” dan “Sambulayang” di Sabah

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Proses pembudayaan , Lepa dan Sambulayang , suku kaum Bajau , kesilapan para pengkaji , penelitian semula
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 17 Jul 2018 05:56
Last Modified: 17 Jul 2018 05:56
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20518

Actions (login required)

View Item View Item