Inventori pepatung di ladang kepala sawit Golden Hope, Tawau

Royston Anak Gibson Deri, (2008) Inventori pepatung di ladang kepala sawit Golden Hope, Tawau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Inventori pepatung.pdf

Download (836kB)

Abstract

Kajian untuk membuat inventori pepatung dilakukan di ladang kelapa sawit Golden Hope, Tawau. Kajian ini dilakukan selama 3 hari iaitu pada 5 Februari hingga 7 Februari. Tempat kajian telah dilakukan adalah di ladang kelapa sawit Table, sempadan antara ladang kelapa sawit dengan hutan simpan Taman Bukit Tawau dan kawasan hutan di sekitar puncak bukit Tiger yang tidak jauh dari ladang kelapa sawit Table. Penangkapan serangga pepatung bermula pada pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan disambung semula pada pukul 4 petang hingga pukul 6 petang. Kaedah penangkapan 'sweep net' digunakan untuk menangkap pepatung dan dimasukkan ke dalam kertas 'glysine' yang telah direndam dengan cecair aseton. Sejumlah 116 spesies individu telah diperolehi di mana 107 ekor adalah daripada famili Libellulidae (suborder Anisoptera), manakala 9 ekor adalah daripada famili Chlorocyhidae dan famili Calopterygidae (suborder Zygoptera). Pepatung daripada spesies Trilhemis festiva rnempunyai bilangan individu yang tinggi iaitu 19 ekor. Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai spesies pepatung Odonata di kawasan ladang kelapa sawit di mana sepanjang kawasan tersebut mernpunyai lopak-lopak air dan juga saliran parit yang bersih dan tidak mengalami pencemaran yang teruk.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: dragonfly, Odonata, oil palm estate
Subjects: Q Science > QH Natural history
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 19 Jul 2018 06:46
Last Modified: 19 Jul 2018 06:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20531

Actions (login required)

View Item View Item