Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

Mazdi Marzuki, and Rosmiza M.Z, and Jabil Mapjabil, and Nur Kalsom Md Isa, (2016) Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu. GEOGRAFIA : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (12). ISSN 2180-2491

[img] Text
Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu.pdf

Download (92kB)

Abstract

Di kawasan luar bandar, pengangkutan awam merupakan keperluan penting kepada penduduk khususnya kepada golongan yang tidak mempunyai pengangkutan persendirian. Namun begitu, setelah hampir 60 tahun kemerdekaan, perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar masih kurang memuaskan. Pihak berwajib pula seolah-olah lepas tangan kepada pengusaha individu untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan ini. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan cadangan bagi memperkasakan lagi usahawan van sebagai perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar. Kajian dilakukan di Hulu Terengganu iaitu salah sebuah daerah di Negeri Terengganu. Seramai 146 orang responden yang terdiri daripada pengguna di kawasan luar bandar di Hulu Terengganu terlibat dalam penyelidikan ini. Persepsi pengguna berkaitan dengan kualiti pengangkutan van yang beroperasi di kawasan ini dinilai berdasarkan operasi perkhidmatan, kecekapan, pemanduan, ketersampaian, keselesaan, keboleharapan, keselamatan, kos dan kemudahan di terminal. Melalui hasil kajian beberapa cadangan dikemukakan untuk memperkasakan perkhidmatan pengangkutan van di kawasan kajian.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Public transport image, rural areas, empowerment, public transport, rural area, van operators, comfort
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications
Divisions: FACULTY > Faculty of Medicine and Health Sciences
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 31 Jul 2018 05:30
Last Modified: 31 Jul 2018 05:30
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20565

Actions (login required)

View Item View Item