Kajian morfologi pada beberapa hablur yang mempunyai struktur simetri yang tinggi

Caron Ubil Datu Damidal, (2008) Kajian morfologi pada beberapa hablur yang mempunyai struktur simetri yang tinggi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kajian morfologi pada beberapa.pdf

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini merupakan kajian morfologi terhadap bahan yang mempunyai simetri tinggi. Tiga bahan simetri tinggi yang dikaji iaitu, Natrium Klorida (NaCl), Kromium (Cr) dan Ferum (Fe). Dalam kajian ini Mikroskop Elektron Pengimbas (SEM) digunakan untuk melihat struktur permukaan Natrium Klorida, Kromium dan Ferum. Melalui kaedah ini sampel disaluti dengan emas atau platinum untuk mendapatkan kekonduksian bahan yang sebenar tanpa campuran bendasing. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengecaman bentuk permukaan bahan. Struktur permukaan yang diperolehi adalah langkah awal untuk menjalankan kajian-kajian seterusnya. Pemerhatian dilakukan pada permukaan Natrium Klorida, Kromium dan Ferum dengan meneliti ciri-ciri seperti susunan, taburan, saiz, permukaan, dan bentuk setiap unit yang terkandung dalam ketiga-tiga bahan ini. Struktur permukaan Natrium Klorida, Kromium dan Ferum adalah mudah untuk dispesifikasikan. Natrium Klorida (NaCl), mempunyai permukaan yang lebih tersusun dan mempunyai permukaan yang rata, ini adalah kerana jumlah daripada jadual berkala, nombor atom NaCI ialah 28, yang bermaksud petala terluar mempunyai bilangan elektron yang lengkap (2.8.18). Manakala Kromium pula mempunyai permukaan yang kasar dan kurang rata, berikutan dengan nombor atom bagi Kromium iaitu 24, yang menyebabkan bilangan elektron di petala luar yang tidak lengkap iaitu (2.8.14). Ferum mempunyai permukaan yang kasar, tidak rata dan bercelah, ini adalah kerana ia mempunyai bilangan elektron di petala luar yang tidak lengkap (2.8.16), berdasarkan kepada nombor atom iaitu 26.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: symmetry compound, Sodium Chloride, Chromium, Iron
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 08 Aug 2018 02:49
Last Modified: 08 Aug 2018 02:49
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20693

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository