Penghantar dan penerima isyarat gelombang radio frekuensi rendah

Fiona Filda F. Bungkilan, (2005) Penghantar dan penerima isyarat gelombang radio frekuensi rendah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000049.pdf

Download (4MB) | Preview

Abstract

Tajuk kajian ini adalah penghantar dan penerima isyarat gelombang radio frekuensi rendah yang bertujuan untuk membina dan menganalisis penghantar clan penerima isyarat radio modulasi frekuensi, FM yang dapat menjana dan menerima gelombang radio dalam julat frekuensi rendah iaitu 30kHz ke 300kHz- Antara objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kajian terdahulu, jenis, komponen asas dan prinsip kaja sesebuah penghantar dan penerima isyarat gelombang radio. Seterusnya, merekabentuk, membina dan menganalisis bentuk gelombang isyarat keluaran dan penerimaan kedua-dua litar tersebut dengan menggunakan dua kaedah iaitu simulasi litar menggunakan perisian Pspice 9.1 edisi pelajar dan ujikaji makmal melalui paparan osiloskop. Skop kajian merangkumi aplikasi sistem komunikasi tanpa wayar serta aplikasi osilator anjakan fasa yang dapat menjana gelombang radio dalam julat frekuensi rendah iaitu 20Hz ke 300kHz iaitu merangkumi nilai frekuensi gelombang radio kajian ini. Gelombang radio tersebut akan bertindak sebagai pembawa kepada isyarat masukan yang tetap untuk kajian ini iaitu gelombang 1kHz daripada penjana fungsi melalui proses modulasi frekuensi sebelum dipancar keluar melalui antena dan kemudiannya diterima pula oleh sebuah penerima isyarat radio juga frekuensi rendah, yang akan menukarkan isyarat termodulasi tersebut kepada isyarat asal untuk dikeluarkan sebagai bunyi melalui pembesar suara yang dapat didengar oleh telinga manusia dalam julat frekuensi 20Hz-20kHz. Hasil kajian menunjukkan kajian gagal mencapai tujuan dimana nilai frekuensi gelombang radio yang dijana pada osilator tersasar jauh daripada nilai teori dan adalah sangat kecil berbanding isyarat masukan yang mana menyebabkan kegagalan gelombang radio tersebut bertindak sebagai pembawa kepada isyarat masukan. Sungguhpun keputusan kajian melalui simulasi litar dan ujikaji makmal tidak mertampakkan persarnaan yang jelas, namun konsep seperti gandaan amplitud isyarat apabila melalui peringkat penguat frekuensi adalah masih sama. Walaupun kajian tidak berjaya, namun hakikatnya masih wujud aliran isyarat di dalam kedua-dua litar berikutan dengan kehadiran bentuk-bentuk gelombang yang diperolehi daripada simulasi litar dan ujikaji makmal. Kajian ini boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi kajian pada masa akan datang memandangkan peluangnya yang cerah dalam sistem komunikasi radio seperti aeronautik, marin, navigasi serta aplikasi dalam sistem komunikasi jarak jauh yang lain.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Radio waves, Low frequency, Receiver,
Subjects: ?? TK5101-6720 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 22 Mar 2011 09:43
Last Modified: 17 Oct 2017 05:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2081

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository