Ekspresi Budaya Tradisional Dalam Era Dunia Tanpa Sempadan: Cabaran Terkini

Hashim Awang, (2016) Ekspresi Budaya Tradisional Dalam Era Dunia Tanpa Sempadan: Cabaran Terkini. Jurnal gendang alam, 6.

[img] Text
Ekspresi Budaya Tradisional Dalam Era Dunia Tanpa Sempadan.pdf

Download (126kB)

Abstract

Ekspresi budaya tradisional/cerita rakyat atau Traditional Cultural Expressions (TCE) sebagai harta intelek menjadi topik hangat di seluruh dunia. Atas pelbagai alasan, TCE mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Rata-rata yang melihat persoalan TCE ini dari perspektif undang-undang, ekonomi dan etika. Menurut perspektif undang-undang, aspek yang diberikan penekanannya adalah kepada hak milik (khususnya copyright), manakala dari perspektif ekonomi penekanannya adalah kepada keuntungan ekonomi yang boleh diperoleh melalui TCE. Dari segi etika pula, sebagai pencinta budaya wajarkah pengubahsuaian dibuat pada TCE kerana TCE adalah jati diri masyarakat yang menghasilkannya dan sebagai khazanah ilmu dan nilai-nilai murni masyarakat berkenaan. Mereka bersependapat ekspresi budaya tradisional diberikan perlindungan. Tetapi mereka tidak sependapat tentang bentuk atau bentuk-bentuk perlindungan yang wajar diberikan? Isu ini masih menjadi satu polemik hangat yang dibincangkan dalam kalangan pengkaji sastera rakyat. Justeru, makalah pendek ini akan meninjau beberapa isu berkaitan dengan TCE dalam era globalisasi ini dengan tumpuan diberikan terhadap konteks Barat dan Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Ekspresi budaya tradisional, hak milik, perlindungan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: MR OTHMAN HJ RAWI
Date Deposited: 15 Mar 2019 07:15
Last Modified: 15 Mar 2019 07:15
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21603

Actions (login required)

View Item View Item