Citra dialog antara agama dalam perspektif Islam dan Kristian: analisis awal

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, and Nurhanisah Senin, and Suraya Sintang,, (2012) Citra dialog antara agama dalam perspektif Islam dan Kristian: analisis awal. MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara. pp. 163-192. ISSN 1511-8393

[img] Text
Citra dialog antara agama dalam perspektif Islam dan Kristian.pdf

Download (124kB)

Abstract

Penulisan ini melihat dialog agama dari perspektif Islam dan Kristian bagi mendapatkan suatu bentuk pandangan mereka mengenai konsep dialog antara agama. Selanjutnya analisis awal dilakukan untuk melihat sejauhmana beberapa paradigma baru yang diperkenalkan oleh para pendialog Kristian mewarnai dialog agama. Penulisan ini turut mengemukakan realiti dialog agama di Malaysia yang dilihat daripada perspektif sarjana Muslim dan Kristian. Hal ini dilakukan untuk mendapat penjelasan berhubung dialog agama yang dibudayakan di Malaysia bersandarkan kepada citra dialog Islam atau sebaliknya. Hasil daripada analisis awal ini menjelaskan bahawa dialog antara agama melahirkan beraneka lagi bentuk dialog yang dirujuk sebagai dialog kehidupan, dialog peradaban, dialog ketamadunan dan seumpamanya yang memperlihatkan bahawa dialog antara agama semakin meluas dibudayakan dalam kalangan penganut beragama sehingga melahirkan sebuah kehidupan beragama yang berharmonis. Selain itu, hasil perbincangan mendapati senario dialog antara agama di Malaysia mempunyai sudut pandangan yang tersendiri kerana ia menghasilkan konsep dialog yang mengakar kepada wahyu Ilahi dan relevan dengan konteks realiti masyarakat majmuk masakini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: dialog antara agama; orientalis; tradisi Islam; citra dialog; kehidupan beragama
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: MR OTHMAN HJ RAWI
Date Deposited: 21 Mar 2019 10:23
Last Modified: 21 Mar 2019 10:23
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21662

Actions (login required)

View Item View Item