Leksis Periferal Indo -Arabo - Euro dalam pengantarabangsaan bahasa Melayu di Alam Nusantara

Mohd Nor Azan Abdullah, (2018) Leksis Periferal Indo -Arabo - Euro dalam pengantarabangsaan bahasa Melayu di Alam Nusantara. JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH, 2. pp. 274-286. ISSN 2289-8042

[img] Text
Leksis Periferal Indo.pdf

Download (37kB)

Abstract

Kertas kerja ini mengkaji pengantarabangsaan leksis bahasa Melayu dengan melihat sejarah kemasukan leksis Indo, Arab dan Eropah ke Alam Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan di zon geografi meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Madagaskar, SriLanka, Segenting Kra, dan Singapura. Secara tuntasnya bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca bagi penghuni di kepulauan Nusantara, namun ia dapat berasimilasi dengan beberapa perbendaharaan kata dari keluarga bahasa Indo-Eropah mahupun dari keluarga bahasa Semit. Oleh itu bahasa Melayu tergolong ke dalam salah satu bahasa yang terus menghadapi arus pembinaan yang pesat berkembang. Perkataan-perkataan Sanskrit, Arabdan Eropah telah lama terserap ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini akan memperlihatkan kemantapan dan kekuatan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bersifat fleksibel. Kefleksibelan ini dapat dibuktikan melalui asimilasi leksis bukan Austronesia, diubah suaiunsur bunyinya mengikut sebutan bahasa Nusantara. Penulis akan memperlihatkan fleksibiliti leksis-leksis bukan Austronesia dalam bahasa Melayu yang bukan sahajabertujuan membina, memperkaya dan memperkembangkan lagi bentuk-bentuk kata bahasa Melayu malah ianya secara tidak langsung memperlihatkan pengantarabangsaan leksis tersebut ke dalam bahasa Melayu itu sendiri. Penulis akan menggunakan kaedah kajian perpustakaan iaitu dengan merujuk buku teks, dokumentasi yang berkaitan serta merujuk pelbagai bahan bertulis dan laman sesawang.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Linguistic , Malay , lingua franca
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: SCHOOL > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 30 Apr 2019 07:09
Last Modified: 30 Apr 2019 07:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21885

Actions (login required)

View Item View Item