Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti: Kajian kes komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah (Local knowledge and its potential as a community-based tourism attraction: The case of the Bajau Ubian Community in Mantanani Island, Sabah)

Mohd Jirey Kumalah, and Gusni Saat, and Jabil Mapjabil, and Rosazman Hussin, and Teuku Afrizal, and Mustapa Abu Talip, (2015) Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti: Kajian kes komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah (Local knowledge and its potential as a community-based tourism attraction: The case of the Bajau Ubian Community in Mantanani Island, Sabah). Geografia - Malaysian Journal of Society and Space, 11 (12).

[img] Text
Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti.pdf

Download (127kB)

Abstract

Pelancongan berasaskan komuniti adalah pelancongan yang bertujuan mencapai pembangunan lestari agar komuniti luar bandar dapat meningkatkan taraf hidup mereka tanpa merosakkan alam sekitar. Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan tarikan pelancongan berasaskan budaya dan alam sekitar di Malaysia. Negeri ini mempunyai lebih daripada tiga puluh etnik suku kaum yang kaya dengan seni dan kebudayaan masing-masing, antaranya ialah suku kaum Bajau Ubian. Kawasan kajian ini dijalankan di Pulau Mantanani kerana keunikan komunitinya yang hampir seratus peratus adalah daripada suku kaum Bajau Ubian. Pulau Mantanani adalah sebuah pulau yang kaya dengan keindahan alam semula jadi manakala komuniti Bajau Ubian pula kaya dengan kearifan tempatan tersendiri. Terdapat enam klasifikasi kearifan tempatan yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan iaitu masakan, kraftangan dan pertukangan, permainan tradisi, kemahiran hidup, seni tarian dan muzik, majlis keraian dan perayaan. Setiap kearifan tempatan ini mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti. Justeru, kertas kerja ini akan meneliti potensi kearifan tempatan komuniti Bajau Ubian sebagai tarikan pelancongan di Pulau Mantanani.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Bajau Ubian, island community, local knowledge, loal culture, native arts, sustainable tourism
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: MR OTHMAN HJ RAWI
Date Deposited: 11 Jun 2019 06:10
Last Modified: 11 Jun 2019 06:10
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22165

Actions (login required)

View Item View Item