Penglibatan Pertubuhan Sukarela Wanita dalam Program Pembangunan Wanita di Sabah, 1968-1998

Siti Aidah Hj. Lukin @ Lokin, and Arba'iyah Mohd. Noor., (2018) Penglibatan Pertubuhan Sukarela Wanita dalam Program Pembangunan Wanita di Sabah, 1968-1998. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, 27. ISSN 2590-4086

[img]
Preview
Text
Penglibatan Pertubuhan Sukarela Wanita dalam Program Pembangunan Wanita di Sabah.pdf

Download (129kB) | Preview

Abstract

Artikel ini memberi fokus kepada penglibatan pertubuhan sukarela wanita dalam program pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah dari tahun 1968 sehingga 1998. Pertubuhan sukarela wanita yang dimaksudkan ialah Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) dan Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA), iaitu dua buah pertubuhan sukarela wanita yang terkenal di Sabah dan keahliannya terbuka kepada kaum wanita pelbagai etnik serta agama. Selepas kemerdekaan Sabah pada 1963, negeri ini telah menyaksikan pelbagai program yang dirancang oleh pihak kerajaan dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat termasuklah usaha membangunkan kaum wanitanya. Dalam tempoh 1968–1998, PPS dan PEWASA begitu giat melibatkan kaum wanita dalam program-program pembangunan sosioekonomi wanita. Penglibatan kedua-dua pertubuhan sukarela wanita ini dalam pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah dapat dikesan menerusi kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini dari semasa ke semasa meliputi program-program pembangunan wanita dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Maklumat tentang penglibatan PPS dan PEWASA dalam program-program pembangunan sosioekonomi wanita ini diperoleh daripada laporan-laporan kegiatan pertubuhan, fail-fail persendirian, laporan akhbar dan temu bual dengan pemimpin pertubuhan berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua pertubuhan ini menjadi salah satu saluran penting yang memudahkan agenda pembangunan sosioekonomi pihak kerajaan sampai kepada kumpulan sasaran iaitu kaum wanita Sabah. Menerusi kajian ini juga akan dapat mengetengahkan kepada umum tentang penglibatan pertubuhan sukarela wanita dalam program pembangunan sosioekonomi wanita di samping membantu pihak kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan yang berterusan terhadap golongan wanita di Sabah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Voluntary organisations, development programmes, socioeconomy, Sabah Women.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Depositing User: MR OTHMAN HJ RAWI
Date Deposited: 03 Jul 2019 01:47
Last Modified: 03 Jul 2019 01:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22376

Actions (login required)

View Item View Item