Peramalan harga getah asli pada tahun 2010

Azizul Rasidi Rosli, (2007) Peramalan harga getah asli pada tahun 2010. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Peramalan harga getah asli pada tahun 2010.pdf

Download (1MB)

Abstract

Tujuan kajian ilmiah ini dijalankan adalah untuk melakukan peramalan harga getah asli pada tahun 2010. Oleh itu, satu model Autoregresi Purata Bergerak Terkamir (ARIMA) yang paling sesuai dibentuk untuk meramal harga getah asli pada tahun 201 0 dengan menggunakan kaedah Box-Jenkins. Data yang digunakan ialah data purata harga bulanan dari bulan Januari 2000 hingga Disember 2006 iaitu sebanyak 84 data yang diperolehi daripada laman web Lembaga Getah Malaysia. Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah pengecaman model, penjelmaan model, fungsi autokorelasi, penganggaran parameter, penyemakan diagnosis, pemilihan model dan peramalan. Kaedah yang digunakan ini akan membentuk satu model yang paling sesuai untuk digunakan dalam peramalan ini. Sebagai keputusan, model ARIMA (1, 1, 0) telah diperolehi dan digunakan untuk meramal harga getah asli pada tahun 2010.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Natural rubber , rubber price , ARIMA
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 09 Jul 2019 07:05
Last Modified: 09 Jul 2019 07:05
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22479

Actions (login required)

View Item View Item