Kepemimpinan instruksional, motivasi kerja dan prestasi kerja guru mata pelajaran sejarah di Negeri Sabah

Dg Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli, (2014) Kepemimpinan instruksional, motivasi kerja dan prestasi kerja guru mata pelajaran sejarah di Negeri Sabah. Post-Doctoral thesis, University Malaysia Sabah.

[img] Other
Kepimpinan instruksional, motivasi kerja dan prestasi kerja guru pelajaran sejarah di negeri sabah

Download (112kB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan kepemimpinan instruksional, motivasi kerja dan prestasi kerja guru mata pelajaran Sejarah. Kajian tinjauan ini melibatkan sampel seramai 334 orang guru mata pelajaran Sejarah sekolah menengah di negeri Sabah. Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan dan rawak mudah. Variabel kajian telah diuji menggunakan statistik diskriptif dan inferensi yang melibatkan ANOVA, korelasi Pearson, regresi linear serta regresi berganda. Kajian ini menggunakan soal selidik PIMRS, QMAT dan prestasi kerja sebagai alat pengukur bagi variabel-variabel kajian. Analisis korelasi menunjukkan semua sebelas variabel dimensi kepemimpinan instruksional mempunyai hubungan yang signifikan dengan variabel motivasi kerja dan prestasi kerja guru mata pelajaran Sejarah. 13erdasarkan analisis regresi berganda mendapati dimensi-dimensi kepemimpinan instruksional iaitu penggalakkan perkembangan profesionalisme, memantau kemajuan murid, mengawal masa pengajaran dan pembelajaran dan menyelia dan menilai peKngajaran telah menyumbang sebanyak 31.1% secara keseluruhan terhadap motivasi kerja. Analisis selanjutnya mendapati bahawa secara berasingan, dimensi kepemimpinan instruksional [(penggalakkan perkembangan profesionalisme menyumbang sebanyak 24.7 peratus (0=0.16, p=0.00), dimensi memantau kemajuan pelajar menyumbang sebanyak 3.6 peratus ((3=0.11, p=0.00), dimensi mengawal masa pengajaran dan pembelajaran menyumbang sebanyak 2 peratus (0=0.07, p=0.00) dan dimensi menyelia dan menilai pengajaran menyumbang sebanyak 1 peratus ((3=0.05, p=0.00)]. Kajian ini juga mendapati bahawa wujud pengaruh yang signifikan antara dimensi-dimensi kepemimpinan instruksional dan motivasi kerja terhadap prestasi kerja guru mata pelajaran Sejarah. Dimensi kepemimpinan instruksional iaitu menyelia dan menilai pengajaran dan motivasi kerja menyumbang secara keseluruhan 20% terhadap prestasi kerja guru mata pelajaran Sejarah. Secara umumnya, kajian ini telah memberi sumbangan baru kepada tubuh ilmu dalam pendidikan kerana kajian ini melihat perspektif kepemimpinan instruksional dari sudut perspektif guru. Kajian ini mendapati guru yang mempunyai kepemimpinan instruksional dan motivasi kerja berupaya meningkatkan prestasi kerja dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di sekolah. Justeru dapatlah dirumus secara keseluruhan bahawa kepemimpinan instruksional dan motivasi kerja adalah sangat penting dalam meningkatkan prestasi kerja guru mata pelajaran Sejarah.

Item Type: Thesis (Post-Doctoral)
Uncontrolled Keywords: History teacher , motivation at work , profesionalism
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 09 Jul 2019 07:08
Last Modified: 09 Jul 2019 07:08
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22483

Actions (login required)

View Item View Item