Meneroka konsep kepercayaan dalam masyarakat Malaysia

Chua, Bee Seok and Jasmine Adela Mutang, and Lailawati Madlan, and Ferlis Bahari, and Chan, Alfred, Huan Zhi and Sabariah Sharif, and Rosnah Ismail, (2013) Meneroka konsep kepercayaan dalam masyarakat Malaysia. (Unpublished)

[img] Text
meneroka konsep kepercayaan dalam masyarakat Malaysia.pdf

Download (73kB)

Abstract

Konsep 1 Malaysia membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erato Dengan ini, ia mampu mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah sikap kepercayaan antara kaum, perasaan hormat menghormati dan keikhlasan (Mohd Najib Tun Razak, 2010). Namun, merentasi bidang budaya, kajian dan akademik, istilah kepercayaan mempunyai perbezaan besar dari segi konsepnya mahupun sempadan kategorikal dan konsep lain yang berkaitan. Perbezaan ini mencadangkan satu kajian eksploratori berkenaan bagaimana kaum daripada pelbagai budaya Negara kita memahami, mentafsir, dan menggunakan konsep kepercayaan harus diterokai dan difahami agar kesefahaman antara kaum serta perpaduan yang lebih erat dapat terjalin antara kaum. Satu cara untuk memahami konsep kepercayaan bagi suatu kumpulan etnik yang mengamalkan budaya tertentu ialah mengkaji bagaimana ahli kumpulan etnik berkenaan menggunakan dan menganalisis konsep ini secara indigenous dan dari aspek psikologi mereka. Kajian ini bertujuan untuk meneroka a) konsep kepercayaan mengikut konteks psikologi indigenous, b) bagaimana anak, ibu bapa, pasangan dan pekerja mempersepsikan konsep kepercayaan terhadap individu tertentu. Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang menggunakan pendekatan psikologi indigenous. Responden kajian ini terdiri daripada 719 orang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi awam Malaysia dan 370 orang pekerja dari sector awam dan swasta di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Daripada hasil kajian, asas pembentukan kepercayaan daripada satu pihak kepada pihak lain telah dikenalpasti. Begitu juga, kepentingan sesuatu aspek atau komponen kepercayaan juga telah dikenalpasti. Daripada kajian ini juga anak kepada ibu dan kepada bapa mengikut konteks indigenous telah dikenalpasti. Selain itu, kerangka teo ritikaI kepercayaan pelajar kepada pensyarah, individu kepada pasangan, dan pekerja kepada majikan atau ketua jabatan juga telah dikenalpasti. Dapatan ini boleh dijadikan dalam membentuk instrumen kepercayaan yang mendasari budaya, dan kumpulan responden yang berbeza. Ia juga boleh dijadikan rujukan bagi kajian bidang ini pada masa akan datang.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Kepercayaan, psikologi indigenous, anak, ibu bapa, pasangan, pekerja
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 11 Jul 2019 12:44
Last Modified: 11 Jul 2019 12:44
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22554

Actions (login required)

View Item View Item