Aktiviti anti pengoksida anti bakteria produk spirulina platensis

Wong, How Chai (2007) Aktiviti anti pengoksida anti bakteria produk spirulina platensis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Other
Aktiviti anti pengoksida anti bakteria produk spirulina platensis

Download (895kB)

Abstract

Spirulina Platensis merupakan alga biru-hijau yang mempunyai fungsi anti pengoksida, antiviral, antineoplastik dan sebagainya. Kajian ini bertujuan membandingkan ciri produk Spirulina dengan jenama berlainan (PROVITE dan DXN), dari segi jumlah kandungan fenoliknya, sifat anti pengoksida dan anti bakteria. Kaedah Folin-Ciocalteu digunakan untuk menentukan jumlah kandungan fenolik dalam ekstrak akueus sampel Spirulina dan didapati Spirulina PROVITE (88.2927±0.0006) mengandungi kandungan fenolik yang lebih tinggi daripada produk DXN (71.5917±0.0009). Ujian "1,1-diphenyl-2-picryhydrazyl" (DPPH) dan ujian ferum tiosianat (FTC) telah digunakan untuk menentukan sifat anti pengoksida sampel kajian di mana Spirulina PROVITE menunjukkan aktiviti anti pengoksida yang lebih tinggi daripada DXN dalam kedua dua ujian. Kajian ini menunjukkan terdapat hubungan terus antara kandungan fenolik dan aktiviti anti pengoksida. Ujian anti bakteria menggunakan kaedah peresapan disk menunjukkan sampel Spirulina adalah tidak aktif terhadap semua bakteria yang diuji (Bacillus Aureus (B43/04B), Escherichia Coli (E91/026), Stophylococcus Cereus (S277), Pseudomonas Aeruginosa (ATCC 10145), Salmonella Typhimurium (S1000)). Sebagai kesimpulan, produk Spirulina PROVITE mempunyai kandungan fenolik dan sifat anti bakteria yang lebih tinggi daripada produk Spirulina DXN, akan tetapi kedua-duanya tidak mempunyai sifat anti bakteria.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Spirulina , Folin-Ciocalteu , marine
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 11 Jul 2019 07:39
Last Modified: 11 Jul 2019 07:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22567

Actions (login required)

View Item View Item