Faktor risiko penyakit tibi di sabah

Ting, Sing Huat (2007) Faktor risiko penyakit tibi di sabah. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Faktor risiko penyakit tibi di sabah.pdf

Download (181kB)

Abstract

Kajian ini difokuskan kepada data sekunder penyakit tibi bagi enam tahun yang berturut-turut di negeri Sabah, iaitu dari tahun 2000 hingga tahun 2005 yang diperolehi dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor risiko penyakit tibi di negeri Sabah, Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2005. Objektif kajian ini ialah menentukan faktor risiko penyakit tibi, menentukan hubungan di antara sebarang dua faktor risiko dan mengkaji corak taburan kes penyakit tibi. Data kualitatif terdiri daripada jantina, reaksi ujian kahak dan kesan parut BCG. Manakala data kuantitatif terdiri daripada umur pesakit yang telah dikategorikan sebagai data kualitatif. Pendekatan bergraf digunakan untuk mengkaji corak taburan kes tibi mengikut jenis faktor risiko, iaitu jantina, umur, reaksi ujian kahak dan kesan parut BCG dari tahun 2000 hingga tahun 2005. Analisis korelasi, dan ujian khi-kuasa dua digunakan untuk menguji hubungan di antara sebarang dua faktor risiko tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara sebarang dua faktor risiko tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Tuberculosis (TB) disease , health , Sabah
Subjects: R Medicine > RE Ophthalmology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 11 Jul 2019 12:41
Last Modified: 12 Jul 2019 02:14
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22587

Actions (login required)

View Item View Item