Mengenalpasti Uromodulan dalam wanita mengandung yang menghadapi penyakit hipertensi buah pinggang

Noorshaida Daik, (2001) Mengenalpasti Uromodulan dalam wanita mengandung yang menghadapi penyakit hipertensi buah pinggang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Mengenalpasti Uromodulan dalam wanita mengandung yang menghadapi penyakit hipertensi buah pinggang.pdf

Download (112kB)

Abstract

Uromodulin juga dikenali sebagai uromukoid adalah merupakan glikoprotein bersaiz 80- 85kDa pada awalnya ditemui di dalam urin wanita mengandung. Terdapat tiga jenis glikoprotein seperti N-glikan, O-glikan dan membran `anchor' glikofosfatidilinositol. Di dalam eksperimen ini, uromodulin telah dipencilkan daripada individu yang berlainan tempoh kandungannya iaitu antara enam dan sembilan bulan bagi wanita mengandung yang berpenyakit hipertensi buah pinggang dan wanita mengandung yang normal. Manakala glikoprotein Tamm-Horsfall telah dipencilkan daripada individu wanita yang tidak mengandung dan lelaki. Pemencilan dilakukan dengan menggunakan kaedah pemendakan garam dan kepekatan glikoprotein ditentukan melalui ujian Bradford. Daripada kajian yang dijalankan didapati kepekatan uromodulin lebih tinggi di dalam wanita mengandung yang berpenyakit hipertensi buah pinggang (7.610 μg/mL)berbanding wanita mengandung yang normal (6.002 pg/mL). Bagi perbezaan tempoh kandungan, didapati kepekatan uromodulin lebih tinggi dalam wanita mengandung yang mempunyai tempoh kandungan sembilan bulan (6.002 pg/mL) berbanding enam bulan (5.450 μg/mL). Perbezaan kepekatan glikoprotein bagi wanita yang tidak mengandung dan lelaki turnt dikaji di mana telah ditemui bahawa wanita yang tidak mengandung menghasilkan kepekatan Tamm-Horsfall glikoprotein lebih tinggi (4.495 μg/mL) berbanding lelaki (3.565 μg/mL). Ketulenan glikoprotein uromodulin dan Tamm-Horsfall yang telah dipencilkan ditentukan melalui analisis SDS-PAGE dan didapati glikoprotein daripada setiap sampel berada pada saiz berat molekul 80-100kDa. Analisis kromatografi lapisan nipis dilakukan untuk melihat kehadiran glikan dan galaktosa di dalam glikoprotein. Kajian interaksi uromodulin dan Tamm-Horsfall glikoprotein terhadap serum iaitu `Feotal Bovine Serum' (FBS) mendapati tiada penggumpalan yang berlaku dalam ujian dan ini membuktikan bahawa glikoprotein uromodulin dan Tamm-Horsfall tidak menunjukkan reaksi antigeniti terhadap serum.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Uromucoid , glycoprotein , pregnant women , Serum
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 11 Jul 2019 12:41
Last Modified: 12 Jul 2019 02:14
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22596

Actions (login required)

View Item View Item