Amalan dan pengurusan Wakaf di Sabah

Sainei @Saini Andamit @Ag. Damit, and Abd Hakim Mohad, and Ros Aiza Mohd Mokhtar, and Dg. Hafizah Ag. Basir, and Siti Halimah Putung, Amalan dan pengurusan Wakaf di Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Amalan dan pengurusan Wakaf di Sabah.pdf

Download (67kB)

Abstract

Kajian ini telah berjaya memberikan gambaran awal tentang senario terkini amalan dan pengurusan wakaf di negeri Sabah khususnya di daerah Kota Kinabalu sebagai lokasi tumpuan penyelidikan yang dijalankan. Bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan amalan dan pengurusan wakaf di Sabah, beberapa sesi temu bual telah dijalankan oleh para penyetidik melibatkan beberapa informan penting yang terlibat dalam. pengurusan dan pembangunan wakaf. Antaranya ialah pihak pengurusan tertinggi Jabatan Wakaf dan Baitulmal, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Sabah Economic Development Corporation (SEDCO), dan masjid Bandaraya. Walaupun berbagai usaha telah dijalankan untuk tujuan pembangunan wakaf, namun masih banyak lagi permasalahan yang memerlukan perhatian seperti pendokumentasian harta wakaf yang tidak lengkap, pangkalan data yang tidak dikemaskini, kekurangan kakitangan yang mahir dalam bidang wakaf dan masalah berkaitan perundangan. Sehubungan dengan ini, adalah dicadangkan agar satu kajian yang lebih lengkap dan menyeluruh dapat dijalankan agar satu pelan pembangunan wakaf jangka sederhana dan jangka panjang dapat dikemukakan.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Wakaf , Sabah , Kota Kinabalu , Economy
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 22 Jul 2019 08:07
Last Modified: 22 Jul 2019 08:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22935

Actions (login required)

View Item View Item