Tinjauan awal kepelbagaian Kupu-Kupu di plot tetap Mahua, Taman Banjaran Crocker dengan menggunakan teknik jaring Kupu-Kupu

Ho, Chun Fah (2007) Tinjauan awal kepelbagaian Kupu-Kupu di plot tetap Mahua, Taman Banjaran Crocker dengan menggunakan teknik jaring Kupu-Kupu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Tinjauan awal kepelbagaian kupu kupu di plot tetap Mahua Taman Banjaran Crocker dengan menggunakan teknik jaring kupu kupu.pdf

Download (80kB)

Abstract

Tinjauan kupu-kupu dijalankan di Plot Tetap Mahua, Banjaran Crocker dari November hingga Disember 2006. Tujuan kajian ini adalah untuk membuat tinjauan awal kepelbagaian kupu-kupu di Plot Tetap Mahua. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakanja ring kupu-kupu. Bilangan individu kupu-kupu yang berjaya ditangkap dalam kajian ini adalah sebanyak 97 ekor yang meliputi 16 spesies dan dua famili. Dua famili yang diperolehi ialah Nymphalidae dan Lycaenidae. Xanthotaenia busiris daripada famili Nymphalidae mencatatkan kelimpahan yang paling tinggi iaitu sebanyak 33 individu. Nilai indeks kepelbagaian Shannon-Weiner (H') ialah 2.082. Kajian ini mendapati tiada hubungan di antara kepadatan litupan kanopi dengan indeks kepelbagaian Shannon-Weiner. Fauna kupu-kupu menunjukkan ketepuan dalam kadar kumulatif spesies.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Butterfly fauna , Mahua Permanent Plot , Crocker Range Park , Xanthotaenia busiris , Nymphalidae , Lycaenida
Subjects: Q Science > QL Zoology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 24 Jul 2019 07:49
Last Modified: 24 Jul 2019 07:49
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22972

Actions (login required)

View Item View Item