Kesan medium mesokarpa dan mikrooraganisma berkesan (EM) terhadap pertumbuhan dan hasil cili ( Capsicum Annuum) dalam sistem fertigasi

Azrina Kasman, (2017) Kesan medium mesokarpa dan mikrooraganisma berkesan (EM) terhadap pertumbuhan dan hasil cili ( Capsicum Annuum) dalam sistem fertigasi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kesan medium mesokarpa dan mikrooraganisma berkesan (EM) terhadap pertumbuhan dan hasil cili.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kajian telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari {FPL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan bagi mengkaji kesan medium mesokarpa dengan kombinasi mikroorganisma berkesan {EM) terhadap pertumbuhan dan hasil cili { Capsicum annum) Varieti Kulai 568 menggunakan sistem penanaman fertigasi. Sebanyak 12 jenis rawatan telah diuji dengan 16 replikasi menggunakan Rekabantuk Blok Rawak Lengkap {RCBO). Medium yang dikaji adalah cocopeat {kawalan), mesokarpa tidak direbus dan mesokarpa direbus {30 minit pada takat didih) dengan masing-masing ditambah dengan 0, 5 10 dan 15% EM. Keberkesanan medium diukur mefalui kadar pertumbuhan dan hasil dli. Penuaian hasil dijalankan selang 3 hart sebanyak enam kali tuaian berrnula pada minggu ke- 10 selepas pemindahan ke polibeg. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan ANAVA 1-hala. Hasil kajian ini, menunjukkan bahawa medium mesokarpa direbus memberi kesan positif dalam menggalakkan pertumbuhan dli mefalui pertambahan ukur lilit batang, lebar kanopi dan kandungan klorofil. Medium cocopeat dengan kombinasi EM juga mampu mempercepatkan penghasilan bunga selepas laitu 35 hart SPP seterusnya memendekkan tempoh penghasilan buah cili iaitu 75 hari SPP. Secara langsung dapat memberikan hasil yang lebih banyak dengan purata 12 buah satu pokok dan kualiti yang diterima pasaran laitu dari segi kepanjangan serta ukur lilit buah. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa penggunaan medium mesokarpa tidak direbus atau mesokarpa direbus memberikan kesan yang hampir sama dengan cocopeat {kawalan) dalam mempengaruhi tinggi pokok, bilangan hari berbunga dan berat basah buah. Secara keseluruhan, mefalui analisis parameter dan anggaran hasil yang dilakukan, didapati medium mesokarpa mampu menggantikan cocopeatsebagai medium penanarnan utama dalam sistem fertigasi. Namun, kualiti pokok dah buah dli dapat ditingkatkan dengan memberikan rawatan {rebusan) terhadap mesokarpa dan penambahan 15%EM. Waiau bagairnanapun, kajian mendalam terhadap perubahan ciri-ciri medium selepas rebusan dan kombinasi EM pertu dijalankan untuk mengetahui mekanisma yang memberikan kesan secara langsung dalam peningkatan kualiti pertumbuhan dan hasil dli. Selain itu, kajian pereputan mesokarpa pertu dijalankan untuk menguji hayat produktif mesokarpa sebagai medium penanaman tanpa tanah. Dengan ini diharap akan menjadi permulaan kepada penghasilan medium baharu yang lebih murah, mudah didapati dan ekonomik bagi memastikan kelangsungan penggunaan teknologi fertigasi dan penghasilan sayuran khususnya di Sabah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Agriculture , Chili , fertigation system
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 05 Nov 2019 00:51
Last Modified: 05 Nov 2019 00:51
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23024

Actions (login required)

View Item View Item