Hubungan di antara personallti, motivasi dan prestasi kerja dalam kalangan bella Sabah

Chua Bee Seok, and Ismail Maakip, and Tan, Cho Chiew and Ferlis Bahari, and Alfred Chan, and Lailawati Madlan Endalan, and Jasmine Adela Mutang, and Carmella E. Ading, (2011) Hubungan di antara personallti, motivasi dan prestasi kerja dalam kalangan bella Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Hubungan di antara personallti.pdf

Download (84kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh jenis personaliti (Agreeableness, Neuroticism, Extraversion, Conscienciousness, Openness To Experience) dan jenis motivasi (ekstrinsik dan intrinsik) terhadap prestasi kerja. Kajian ini juga bertujuaan untuk mengkaji perbezaan jenis personaliti, motivasi dan prestasi kerja berdasarkan faktor demografik belia iaitu, jantina, umur, status perkahwinan dan pengalaman kerja. Kajian ini dijalankan ke atas 1,412 orang belia daripada pelbagai organisasi di Sa bah, Malaysia. Alat kajian NEO Five Factor Inventory (NEO-FFI) yang digunakan untuk mengukur persona/iti, Work Preference Inventory (WPI) yang digunakan untuk mengukur motivasi dan Staples's Measure yang digunakan untuk mengukur prestasi kerja mengikut persepsi subjek telah digunakan dalam kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan: (i) Jenis personaliti dominan bagi belia berbeza mengikut faktor demografik seperti jantina, status perkahwinan dan pengalaman kerja. Dalam perkara ini, faktor umur tidak memberi kesan; (ii) Motivasi ekstrinsik belia tidak dapat dibezakan mengikut faktor jantina, status perkahwinan ataupun pengalaman kerja. Tetapi jenis motivasi ini berbeza mengikut umur. Bagi motivasi intrinsik pula, perbezaannya hanya signifikan mengikut jantina; (iii) Tiga dimensi personaliti iaitu, Neuroticism (pengaruh secara negatif), Agreeableness (pengaruh secara negatif) dan Conscienciousness (pengaruh secara positif) merupakan peramal signifikan kepada prestasi kerja belia; (iv) Motivasi intrinsik merupakan peramal signifikan kepada prestasi kerja belia, dan (v) Jenis motivasi tidak memberi kesan dalam hubungan di antara personaliti dengan prestasi kerja.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Personality, Motivation, Job Performance, Youth
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 29 Jul 2019 08:22
Last Modified: 29 Jul 2019 08:22
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23154

Actions (login required)

View Item View Item