Persepsi tentang gangguan seksual dan tahap gangguan seksual dalam kalangan pekerja awam di Sabah

Kwan, Sharon Sam Mee and Joki Perdani Sawai, and Balan Rathakrishnan, and Md. Suuaib Che Din, (2010) Persepsi tentang gangguan seksual dan tahap gangguan seksual dalam kalangan pekerja awam di Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Persepsi tentang gangguan seksual dan tahap gangguan seksual dalam kalangan pekerja awam di Sabah.pdf

Download (78kB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan dalam persepsi tentang gangguan seksual terhadap pekerja dan tahap gangguan seksual ke atas pekerja di tempat kerja mengikut jantina, umur dan status perkahwinan mereka. Kajian ini telah dijalankan di organisasi sektor awam di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Soal selidik Utara Sexual Harasmment Questionaire (USHQ; Sabitha Marican, 1999) telah digunakan untuk mengukur persepsi bagi pekerja tentang gangguan seksual. Index of Sexual Harassment (ISH; Decker, 1993) digunakan untuk mengukur tahap gangguan scksual di tempat kerja. Seramai 200 orang pekerja daripada beberapa sektor awam terlibat dalam kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang gangguan seksual manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap gangguan seksual di tempat kerja mengikut jantina. Keputusan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi gangguan seksuai mengikut umur tetapi sebaliknya kepada tahap gangguan seksuaI mengikut umur. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara status perkahwinan dalam persepsi tentang gangguan seksuaI dan tahap gangguan seksual di tempat kerja. Keputusan kajian dan implikasi untuk kajian masa hadapan juga telah dibincangkan.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Sexual harassment , workplace , Utara Sexual Harasmment Questionaire
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 30 Jul 2019 23:57
Last Modified: 30 Jul 2019 23:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23168

Actions (login required)

View Item View Item