Kecelaruan muskuloskeletal di kalangan pengguna lap top: satu kajian di kalangan penuntut UMS

Ismail Maakip, and Peter S.K. Voo, and Mohd. Sharani Ahmad, (2010) Kecelaruan muskuloskeletal di kalangan pengguna lap top: satu kajian di kalangan penuntut UMS. (Unpublished)

[img] Text
Kecelaruan muskuloskeletal di kalangan pengguna lap top.pdf

Download (92kB)

Abstract

Penggunaan komputer dan teknologl maklumat adalah menjadi suatu keperluan dewasa ini. Komputer bukan sahaja digunakan oleh pekerja malah pelajar di institusi pengajian tinggi mahupun di sekolah rendah dan menengah. Dari satu segi ia memberikan banyak manfaat kepada manusia, darl satu segi yang lain, ia juga boleh membawa kemudaratan kepada penggunanya. Antaranya ialah masalah kesihatan yang dibawa oleh penggunaan teknologi maklumat terutamanya komputer. Salah satu masalah kesihatan yang sering menimpa pengguna komputer ialah masalah kecelaruan musculoskeletal atau lebih dikenali sebagai musculoskeletal disorders. Masalah kecelaruan musculoskeletal Ini akan menyerang pengguna computer terutama di bahagian anggota tubuh yang lembut serta berisiko untuk mengalami kecederaan. Antaranya ialah pad a pergelangan tangan,· bahagian. tulang belakang, leher, serta jari-jemari ketika menggunakan keyboard/papan kekunci semasa menggunakan komputer. Kajian penerokaan ini dijalankan kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah untuk mendapatkan maklumat awalan mengenai simtom kesakitan dan ketidakselesaan MSDs yang dialaml oleh pelajar yang menggunakan komputer. Kajian yang dilakukan di beberapa buah sekolah iaitu Sekolah Psikologi & Kerja Sosial, Sekolah Sains Sosial, Sekolah Perniagaan & Ekonomi, Sekolah Sains & Teknologi dan akhir sekali Sekolah Kejuruteraan & Teknologi Maklumat. Dapatan kajian ini amatlah berguna bagi merangka suatu bentuk penyelidikan bersepadu mengenai isu kesihatan di kalangan pengguna komputer khasnya yang berkaitan dengan masalah kecelaruan musculoskeletal. Malah, kajian-kajian lepas samada tempatan mahupun luar negara membuktikan bahawa penggunaan komputer· yang kerap dan tidak mengikut peraturan dan piawaian yang ditetapkan berisiko untuk mengalami risiko simtom kesakitan kecelaruan musculoskeletal. Adalah diharapkan bahawa kajian awalan ini dapat sedikt sebanyak memberikan manfaat dan maklumat yang diperlukan oleh penyelidik yang lain dalam merangka bentuk intervensi yang bersesuaian dan menangani masalah kesihatan yang melanda pengguna komputer.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Computer , musculoskeletal disorders (MSDs) , Universiti Malaysia Sabah students
Subjects: R Medicine > RC Internal medicine
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 01 Aug 2019 00:22
Last Modified: 01 Aug 2019 00:22
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23172

Actions (login required)

View Item View Item