Sejarah penempatan dan perdagangan awal di utara Sabah abad ke-10 hingga ke-19

Bilcher Bala, and Baszley Bee B. Basrah Bee, (2007) Sejarah penempatan dan perdagangan awal di utara Sabah abad ke-10 hingga ke-19. (Unpublished)

[img] Text
Sejarah penempatan dan perdagangan awal di utara Sabah.pdf

Download (50kB)

Abstract

Kajian ini terpanggil untuk dilakukan kerana tidak ada satu survei arkeologi atau kajian sejarah yang terperinci mengenai kewujudan petempatan dan pelabuhan purba sebelum abad ke-19 di utara Sabah. Menggunakan gabungan metodologi kajian arkeologi dan sejarah, kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa kawasan utara tersebut telah pun menerima pengaruh dan kedatangan para pedagang Cina secara aktif seawal abad ke-10 lagi. Rekod-rekod Barat pula menunjukkan bahawa kawasan tersebut telah dikenali oleh dunia Barat seawal abad ke-16 lagi. Sumber-sumber ini menjustifikasikan bahawa perkembangan sejarah petempatan dan perdagangan telah membawa perubahan kepada kepulauan Borneo dan Asia Tenggara umumnya. Sumber tersebut dalam bentuk bah an arkeologi dan rekod sejarah telah dikumpul dan didokumentasikan. Interpretasi ke atas dua tapak petempatan dan berkemungkinan pernah menjadi pelabuhan suatu ketika dahulu telah dimenghasilkan pandangan bahawa Marudu dan Pulau Balambangan adalah dua tapak tertua untuk zaman Proto dan Pertengahan Sabah.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Sabah , ancient harbor , archeology
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 01 Aug 2019 08:24
Last Modified: 01 Aug 2019 08:24
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23212

Actions (login required)

View Item View Item