Kajian pilihan raya negeri Sabah: isu dan cabaran

Sabihah Osman, and Bilcher Bala, and Maureen De Silva, and Ramli Dollah, and Nordin Sakke, and Nordi Achie, and Mokhtarudin Ahmad, and Saat Awang Damit, and Marja Azlima Omar, and Diana Peters, and Irma Wani Othman, (2004) Kajian pilihan raya negeri Sabah: isu dan cabaran. (Unpublished)

[img] Text
Kajian pilihan raya Negeri Sabah.pdf

Download (108kB)

Abstract

Dalam konteks perkembangan sistem demokrasi, pilihan raya telah diterima sebagai satu mekanisme utama sama ada kepada aktor politik bagi dipilih atau rakyat bagi yang memilih di dalam proses politik. 8agi aktor-aktor khususnya, pilihan raya merupakan suatu b entuk 'ujian p olitik' yang amat getir dan serius kerana melalui pilihan rayalah nasib mereka akan ditentukan sama ada terpilih ataupun tidak sebagai wakil rakyat. Telah banyak kajian akademik yang dilakukan mengenai pilihan raya. Secara umumnya, kajian-kajian yang dilakukan boleh dikelaskan kepada dua jenis. Pertama, kajian yang melihat proses pilihan raya dan isu-isu yang timbul sewaktu menjelang pilihan raya atau sewaktu kempen pilihan raya sedang berjalan. Kedua, kajian pilihan raya yang khusus ditumpukan kepada persoalan persediaan yang dibuat oleh aktor-aktor politik yang terlibat secara langsung dalam sesuatu pilihn raya. Perjalanan dan perkembangan pilihan raya di Malaysia dan di Sabah khususnya (semenjak Merdeka) juga tidak terlepas dari aspek yang dinyatakan di atas. Kajian-kajian pilihan raya di Malayisa boleh dikatakan tertumpu kepada aspek isu dan strategi. Gomez (1995) yang menjalankan kajian pilihan raya Malaysia tahun 1985, jelas memberikan tumpuan terhadap aspek terse but. Demikian juga kepada kajian-kajian yang dijalankan oleh Khai (1988), Rudner 2 (1970) Ratnam (1969) (sekadar menyatakan beberapa sarjana tertentu). kesemuanya menumpukan aspek isu dan strategi pilihan raya. Dengan meneliti dan memberi perhatian kepada aspek tersebut, suatu bentuk generalisasi umum telah dibuat oleh sarjana-sarjana tersebut bahawa pilihan raya di Malaysia dalam banyak hal (seperti mana juga dengan sifat budaya politiknya) lebih dipengaruhi oleh unsur etnik, perkauman dan juga elemen primordial dalam menentukan kejayaan seseorang calon ataupun parti yang bertanding. Dalam erti kata lain, pilihan raya di Malaysia 'dicengkam kukuh' oleh unsur-unsur perkauman yang menebal. Apakah benar kenyataan atau premis tersebut? Perkembangan terkini politik Malaysia dalam arus globalisasi dan pendemokrasian sekarang menunjukkan bahawa sifat dan tingkahlaku politik dan masyarakatnya telah banyak berubah dengan mengambil sikap yang seiring dengan perkembangan yang global. Hakikat itu nampak jelas wujud apabila masyarakat Malaysia (tanpa mengira kaum) mula mengambil berat terhadap hal-hal yang berhubung kait dengan persekitaran politik mereka, keadilan, keamanan, kesejahteraan awam, ketelusan dan pelbagai lagi isu yang berkait rapat dengan kesejagatan kehidupan bermasyarakat dan bernegara mula mengambil tempatnya dalam kepercayaan politik masyarakat Malaysia yang berbilang kaum itu. Dan ini diperkukuhkan dengan perkembangan masyarakat sivil yang semakin dominan dalam kerangka politik Malaysia. Perkembangan ini sebenarnya memperkukuhkan premis yang dikemukakan oleh Ohame (1996) yang menyatakan bahawa arus globalisasi membawa bersamanya perkembangan identiti politik yang sejagat sifatnya. Sebagai sebuah masyarakat yang diklasifikasikan sebagai masyarakat yang sedang berkembang (psikologi dan juga material), perubahan adalah merupakan antara aspek utama dalam perkembangan politik Malaysia han ini. Justeru, ramai pemerhati politik yang menyatakan bahawa pilihan raya umum kali ini bakal mewujudkan suatu bentuk pemisah atau watershed dalam sejarah perkembangan politik Malaysia dan Sabah khususnya. Berasaskan premis di atas, kajian ini bertujuan untuk meneliti aspek-aspek perubahan yang semakin wujud dalam pilihan raya negeri Sabah kali ini dalam konteks tingkah laku pengundi dan juga faktor-faktor parti politik yang bertanding.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Political behavior , Sabah , selection
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 15 Aug 2019 00:42
Last Modified: 15 Aug 2019 00:42
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23319

Actions (login required)

View Item View Item