Pengurusan sisa pepejal (sampah sarap ): MPKK (69/98)

Mohammad Tahir Mapa, (2000) Pengurusan sisa pepejal (sampah sarap ): MPKK (69/98). (Unpublished)

[img] Text
Pengurusan sisa pepejal.pdf

Download (64kB)

Abstract

Projek ini merupakan penelitian awal mengenai proses pengendalian sampah oleh MPKK (Majlis Perbandaraan Kota Kinabalu) di dalam kawasan kadarannya yang merangkumi kawasan Tg Aru hingga ke Inanam (Iampiran 1). Kajian ini. dijalankan selama lebih kurang setahun dan tumpuan kajian dilakukan di pejabat MPKK. Data di perolehi dengan menggunakan beberapa kaedah antaranya ialah lawatan dan pemerhatian ke pejabat MPKK, temuramah dan penelitian data sekunder. Melalui kaedah yang digunakan ini, pengkaji telah dapat maklumat yang dirasakan perJu untuk menyudahkan kajian ini. Oleh yang demikian laporan yang diberikan ini banyak bergantung kepada data-data yang diperolehi melalui kaedah tersebut. Hasil dari kajian yang dijalankan beberapa perkara dapat di utarakan bagi memberikan gambaran sebenar keadaan yang berlaku. Kajian ini mendapati pihak MPKK telah menjalankan pengurusan sampah menurut peruntukan undang-undang yang diberikan. Oleh itu setiap tindakan yang dijalankan sedikit sebanyak adalah mengikut peruntukan yang telah disediakan. Walaupun kajian ini dijalankan setelah pihak MPKK menswastakan, namun tumpuan masih Dari kajian dan penelitian yang dijalankan pihak MPKK seperti juga badan kerajaan negeri yang lain, mereka mempunyai carta organisasi yang tersendiri untuk mengurus dan mentadbir sampah yang terdapat disekitar perkadaran pihak majlis. Sahagian ini diletakkan di bawah pengurusan bahagian Perkhidmatan bandar dan di dalam bahagian ini terdapat beberapa unit yang mempunyai pertalian khusus dengan hal ehwal kebersihan. Pengoperasian pemungutan sampah bagi setiap kawasan seperti kawasan kediaman, komersil dan sekitar bandar, mempunyai jadual yang telah ditetapkan. Dengan menggunakan kenderaan yang sedia ada iaitu sebanyak 27 buah dari jenis refuse track atau compacter, pihak majlis seta kat ini telah dapat menjalankan aktiviti memungut sampah dengan sebaiknya. Umumnya masa pengumpulan adalah dari jam 2.00 am hingga 11.00 pm.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Kota Kinabalu , garbage , MPKK
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 16 Aug 2019 00:51
Last Modified: 16 Aug 2019 00:51
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23330

Actions (login required)

View Item View Item