Keprihatinan pengguna islam terhadap barangan halal di Sabah

Dayangku Aslinah Abd. Rahim, and Roslinah Mahmud, and Khairul Hanim Pazim, and Lim, Beatrice Fui Yee Keprihatinan pengguna islam terhadap barangan halal di Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Keprihatinan pengguna Islam terhadap barangan halal di Sabah.pdf

Download (58kB)

Abstract

Industri barangan dan perkhidmatan halal telah berkembang dan kini menarik perhatian masyarakat global. Hasrat kerajaan adalah untuk meletakkan Malaysia sebagai hab halal di rantau Asia Tenggara. Dalam usaha untuk menyokong visi kerajaan, kajian ini akan menyediakan tinjauan awal tentang persepsi pengguna Islam terhadap barangan dan perkhidmatan halal di Kota Kinabalu. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap keprihatinan pengguna Islam terhadap barangan dan perkhidmatan halal. Responden terdiri daripada pengguna Islam sekitar Kota Kinabalu tanpa mengambilkira tahap umur. Kajian soal selidik telah dijalankan untuk pengumpulan data. Sejumlah 120 responden beragama Islam telah dipilih menggunakan kaedah pensampelan kebarangkalian. Dapatan kajian mendapati bahawa pengguna Islam di Kota Kinabalu mengambil berat tentang logo halal yang dipamerkan dalam produk dan perkhidmatan. Logo' halal adalah sangat penting untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk terutamanya logo yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam. Ini termasuk logo halal dari negara luar seperti Thailand, Brunei, Indonesia dan Singapura. Selain daripada itu, dapatan juga menunjukkan sumber maklumat seperti internet, media bercetak, pameran, seminar dan ceramah adalah penting untuk meningkatkan tahap keyakinan terdapat produk dan perkhidmatan halal. Kajian ini mencadangkan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna Islam, pengetahuan tentang halal harus diperkenalkan pada peringkat sekolah. Dalam masa yang sama, pihak yang bertanggungjawab mesti rneningkatkan kecekapan dalam mengeluarkan sijil halal dan dengan menjalankan penguatkuasaan dari masa ke semasa untuk meningkatkan tahap keyakinan di kalangan pengguna Islam terhadap barangan dan perkhidmatan halal.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Halal, barangan dan perkhidmatan, Pengguna Islam
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 29 Aug 2019 23:54
Last Modified: 29 Aug 2019 23:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23441

Actions (login required)

View Item View Item