Pendatang tanpa izin dan kesannya ke atas sosioekonomi Labuan

Wong, Hock Tsen and Remali Yusoff, (1997) Pendatang tanpa izin dan kesannya ke atas sosioekonomi Labuan. (Unpublished)

[img] Text
Pendatang tanpa izin dan kesannya ke atas sosioekonomi Labuan.pdf

Download (77kB)

Abstract

Kehadiran beramai-ramai pendatang asing di Wi'. Labuan merupakan satu fenomena yang dibimbangkan akan memberi kesan-kesan negatif ke atas pembangunan Labuan sebagai satu Pusat Kewangan Pesisir Luar Antarabangsa (lOFC). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti status keadaan pendatang asing di W.P. Labuan pada masa ini dengan mengkaji impak kehadiran pendatang asing ke atas aspek sosioekonomi Pulau Labuan, khasnya dengan mengkaji aspek-aspek ekonomi iaitu pekerjaan dan pemiagaan, serta aspek-aspek sosial iaitu kesihatan, pendidikan, masalah sosial termasuk penempatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalarn aspek ekonomi harnpir semua jenis pemiagaan yang ditemuduga mengupah pekeIja asing dalam menjalankan perniagaan. Sebab-sebab utarna pemiagaan bergantung kepada pendatang asing ialah kerana pekeIja asing dikatakan lebih kuat berusaha, penduduk tempatan kurang benninat dalam kategori pekeIjaan yang diceburi pendatang asing, dan upah pekeIja asing adalah lebih murah. Dalam aspek sosial pula, kajian mendapati bahawa pendatang asing dikatakan memberi kesan negatif ke atas kebersihan persekitaran kawasan yang mereka duduki dan terhadap petempatan penduduk. Pendatang asing tidak dianggap sebagai memudaratkan kemudahan perkhidmatan kesihatan di W.P.Labuan walaupun hasil tunggakan tidak berbayar merupakan satu masalah kepada pihak Hospital Labuan berkaitan dengan pendatang asing yang menggunakan pusat kesihatan tersebut. Keada~ atau keseriusan masalah sosial di kalangan pendatang asing dipercayai sarna saja seperti keseriusan masalah sosial di kalangan penduduk tempatan dari segi kadar kekerapan melakukan kejadian-kejadian negatif seperti pergaduhan, kecurian, dan penyeludupan. Pendatang asing tidak menganggap masalah sosial yang mereka hadapi itu sebagai membimbangkan dan mereka merasakan kehidupan mereka <Ii W. P. Labuan adalah memuaskan dari segi ekonomi dan dari segi berkemasyarakatan dengan penduduk tempatan. Dan aspek pendidikan pula, kajian mendapati bahawa anak-anak warga asing tidak membebankan sekolah-sekolah dari segi kewangan, tetapi kehadiran mereka memberi kesan ke atas kemerosotan dalam prestasi akademik bagi setiap sekolah yang dihadiri oleh pelajar warga asing.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Labuan , immigrants , IOFC
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 29 Aug 2019 23:55
Last Modified: 29 Aug 2019 23:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23469

Actions (login required)

View Item View Item