Penyertaan bumiputera dalam pembangunan Labuan

KaIsom Abd. Wahab, and Siti Maimon Hj. Kamso, and Mohd. Khairi Ismail, (1998) Penyertaan bumiputera dalam pembangunan Labuan. (Unpublished)

[img] Text
Penyertaan bumiputera dalam pembangunan Labuan.pdf

Download (73kB)

Abstract

Tujuan kajian ini ialah mengkaji faktor yang boleh menggerakkan keterlibatan kaum Bumiputera dalam pembangunan Labuan selaras dengan hasrat pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Dengan itu merangkumi isu status penglibatan Bumiputera dalam aktiviti pembangunan, kejayaan dan potensi mereka, faktor penghalang , khidmat sokongan dan prospek penglibatan mereka. Penyiasatan telah dijalankan dalam dua peringkat. Peringkat pertama kepada 250 responden Bumiputera luar bandar bagi mengkaji status, profil faktor penghalang aktiviti Bumiputera. Peringkat kedua kepada peniaga Bumiputera di Labuan bagi mengkaji penglibatan, kejayaan dan potensi mereka. Sebanyak 120 soalselidik telah diberikan kepada peniaga Bumiputera dan sebanyak 30 soalselidik telah diberikan kepada organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang memberi khidmat sokongan kepada pembangunan Bumiputera Labuan. Penemuan menunjukkan kebanyakan etnik Bumiputera terdiri daripada sukubangsa Melayu Brunei (46.1%) dan Kedayan (23.3%). Daripada segi pencapaian akademik majoriti adalah pemegang lulusan sekolah menengah 64.4% dan sekolah rendah 20.6%. Potensi penglibatan dalam pemiagaan adaJah diseb~bakan dorongan meningkatkan pendapatan. Kemahiran yang dimiliki adalah mengukir kayu dan meng~yam pandan. Manakala milikan harta dalam bentuk tanah dan rumah. Hampir 50% berminat untuk jadi usahawan dan menyokong pasangannya berniaga. Mereka memerlukan sokongan seperti modal, maklumat, kursus dan temp at berniaga untuk penglibatan yang bermakna. Walau bagaimanapun terdapat sikap negatif di kalangan rakyat dan kurangnya maklumat pembangunan yang menjadi kekangan. Usahawan Bumiputera yang disoalselidik menyatakan potensi perni,a gaan masa depan adalah dalam bidang kompleks membeli belm, makanan, jualan langsung, industri kecil dan sederhana dan berteknologi maklumat. Terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh Bumiputera iaitu pengurusan, keIjasama agensi kerajaan dan kewangan.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Labuan , economy , MPPB
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 05 Sep 2019 01:10
Last Modified: 05 Sep 2019 01:10
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23471

Actions (login required)

View Item View Item