Persepsi pegawai kewangan awam negeri Sabah terhadap perlaksanaan pengurusan kewangan berasaskan aktiviti

Rasid Mail, (2001) Persepsi pegawai kewangan awam negeri Sabah terhadap perlaksanaan pengurusan kewangan berasaskan aktiviti. (Unpublished)

[img] Text
Persepsi pegawai kewangan awam Negeri Sabah terhadap perlaksanaan pengurusan kewangan berasaskan aktiviti.pdf

Download (79kB)

Abstract

Perkembangan dalam persekitaran operasi perkhidmatan awam pada masa ini lelah mendorong setiap aspek dalam sektor awam menyerap perubahan yang berlaku serta mengambil langkah penyesuaian yang perlu. Aspek kualiti merupakan elemen yang penting dalam perubahan persekitaran di atas dan keadaan ini menyebabkan pengurusan . kewangan sektor awam menjadi semakin penting dan kritikal. Berikutan daripada meningkatnya kesedaran dan minat orang awam terhadap pengurusan kewangan awam, peraturan dan perundangan pengurusan wang awam menjadi lebih kompleks. Keadaan ini memaksa proses menambah baik kualiti pengursan kewangan awam dipertingkatkan. Salah satu daripada proses penting dalam pengurusan kewangan awam adalah penyediaan belanjawan tahunan. Profesyen perakaunan, khususnya perakaunan pengurusan mengemukakan kaedah pengurusan berasaskan aktiviti (activity based management) sebagai satu alternatif bagi maksud di atas. Kajian ini bertujuan untuk meninjau pandangan dan penerimaan para pegawai kewangan awam terhadap pendekatan baru ini. Skop kajian akan meliputi jabatan dan agensi kerajaan di Negeri Sabah serta mencakupi aspek-aspek jangkaan jaedah dan masalah perlaksanaan pendekatan pengurusan berasaskan aktiviti dalam organisasi mereka. Akhirnya kajian ini akan cuba mencadangkan langkah penambah baikan dalam pengurusan kewangan awam, khususnya dalam penyediaan dan pengurusan belanjawan tahunan berdasarkan dapatan kajian ini.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Public sector , development , financial management
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 05 Sep 2019 01:10
Last Modified: 05 Sep 2019 01:10
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23481

Actions (login required)

View Item View Item