Petualang dan pensubahat kolonial British dalam kancah kontroversi penjajahan Sarawak, 1946-1950

Nordi Achie, (2008) Petualang dan pensubahat kolonial British dalam kancah kontroversi penjajahan Sarawak, 1946-1950. (Unpublished)

[img] Text
Petualang dan pensubahat kolonial british dalam kancah kontroversi -2.pdf

Download (78kB)

Abstract

Pada 1 Julai 1946, Sarawak mengalami proses politik songsang: Charles Vyner Brooke (Raja Brooke Ke-3) telah dipaksa menyerahkan Sarawak kepada kerajaan koionial British. Ini mengakibatkan Sarawak dijadikan sebagai tanah jajahan British lantas menghapuskan taraf Sarawak sebagai scbuah negeri merdeka; padahal di sepanjang regim dinasti Brooke (1841-1941), Sarawak diiktiraf sebagai negeri naungan British, bukannya tanah jajahan British. Rakyat Sarawak yang berjiwa nasionalistik dan patriotik, sekali gus bersikap antikolonialis dan antiimperialis, bangkit menentang penyerahan Sarawak. Mereka menyelamya sebagai "penyerahan haram". Apabila dikaji secara mendalam, berdasarkan saksi-saksi sejarah yang tersisa, jelas isu penyerahan dan penjajahan Sarawak diselubungi pelbagai politiking - ugutan, ancaman, paksaan, muslihat, rasuah, tipu daya, helah kotor dan pujuk rayu - di samping munculnya petualang dan pensubahat politik kolonial, tennasuklah dalam kalangan pemimpin serta pembesar tempatan. Dalam konteks kemelut politik ini - pertentangan diametrikal antara penjajah dengan patriot antikolonial - muncullah "syahid-syahid hidup" yang sanggup berkorban demi mempertahankan maruah dan martabat kemerdekaan tanah aimya. Tragedi politik ini bukan sahaja mencacatcemarkan kemerdekaan Sarawak, malah memberdarahkan potret sejarah Sarawak yang tidak pemah terfikirkan selama ini dan sebelumnya, iaitu apabila Rosli Dhoby menikam Duncan Steward (Gabenor Sarawak Ke-2) pada 3 November 1949 (tragedi berdarah di Sibu). Inilah harga yang hams dibayar oleh seluruh empayar British yang malang itu.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Colonial , British , Sarawak , Rosli Dobhy
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 17 Sep 2019 01:55
Last Modified: 17 Sep 2019 01:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23546

Actions (login required)

View Item View Item