Refleksi pemikiran Bajau menerusi bahasa mantera

Saidatul Nornis Mahali, Refleksi pemikiran Bajau menerusi bahasa mantera. (Unpublished)

[img] Text
Refleksi pemikiran Bajau menerusi bahasa mantera.pdf

Download (49kB)

Abstract

Mantera mempunyai sifat sakral dan tidak boleh diucapkan oleh sebarangan orang. Mantera berhubung dengan sikap keagamaan manusia. Dengan demikian, hanya pawang yang berhak dan dianggap sesuai untuk mengucapkan mantera itu. Pengucapannya juga harns disertakan dengan upacara ritual misalnya asap dupa, duduk bersila, ekspresi wajah dan sebagainya. Hanya dengan cara ini mantera mempunyai kekuatan kuasa ghaib. Ada pula yang harns diucapkan secara keras dan ada juga yang banyak berbisik-bisik. Hanya pawang jualah yang mengerti bagaimana mendatangkan kekuatan ghaib melalui mantera. Sehubungan itu, penyelidikan ini bermaksud untuk mengongsi maklumat dan pandangan berkenaan dengan mantera yang dibacakan dalam upacara-upacara sebelum menanam dan selepas penanaman padi dalam masyarakat Bajau. selain itu, dimasukkan juga perbincangan berhubung dengan animisme, semangat padi, bomoh dan jampi mantera. Kesemua mantera yang diperolehi kemudiannya dinilai dari sudut pandangan linguistik antropologi. Hasilnya, kandungan mantera tersebut berupaya menyerlahkan bayangan gambaran dunia, kegiatan, kepercayaan dan sikap masyarakat Bajau.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Spell , ritual , ethnic , Bajau
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 18 Sep 2019 01:30
Last Modified: 18 Sep 2019 01:30
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23553

Actions (login required)

View Item View Item