Aflatoksin dalam kacang tanah Mentah: pembangunan kaedah analisis, tahap kontaminasi dan kajian degradasi

Chye, Fook Yee and Mohd Rosni Sulaiman, Aflatoksin dalam kacang tanah Mentah: pembangunan kaedah analisis, tahap kontaminasi dan kajian degradasi. (Unpublished)

[img] Text
Aflatoksin dalam kacang tanah Mentah.pdf

Download (145kB)

Abstract

Kaedah ISOLUTE™ Multimode Column (IMC) telah dipilih dan diubahsuai (MIMC) dengan tujuan untuk menggunakan semula satu unit kolum ISOLUTE™ Multimode sehingga 10 kali untuk pencucian sampel dalam analisis aflatoksin (AF). Kesemua aras kepekatan (20,400 dan 2000 ppb) AF-B\ dan AF-G 1 di dalam sampel kacang tanah tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p > 0.05) di antara 10 kali ulangan penggunaan semula kolum yang sarna. Ketepatan kaedah MIMC ini digambarkan oleh nilai perolehan semula keselurnhan yang tinggi iaitu 82.9 % untuk AF-B\ dan 101.9 % bagi AF-G\. Nilai pekali variasi (CV) yang rendah iaitu 1.5 % bagi AF-Bl dan 1.3 % untuk AF-G1 pula menunjukkan kepersisan kaedah yang dibangunkan ini amat baik. Tambahan pula, kaedah ini bukan sahaja lebih murah berbanding dengan kaedah IMC dan kaedah National Resource Institute yang diubahsuai (MNRI) malah lebih cepat berbanding dengan kaedah MNRI. Sebanyak 145 sampel kacang tanah mentah tanpa kulit telah di ambil dari 3 buah daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Larnt Matang dan Kerian untuk dianalisis kandungan AF-B\ dan AF-G) serta kehadiran kumpulan Aspergillus flavus. Kaedah pemiringan terns di atas agar Aspergillus Differential Media (ADM) digunakan untuk mengesan kehadiran kumpulan A. flavus manakala kandungan AF-Bl dan AF-G\ dianalisis menggunakan kaedah MIMC. Hasil tinjauan ini menunjukkan bahawa insiden serta julat kehadiran kumpulan A. flavus (86%, 1.0 x 102 - 1.1 x lOs cfulg) dan kontaminasi oleh AF-B) (50%, 0.85-547.51 ppb)'dan AF-G\-(37%, 1.37-375.98 ppb) yang tinggi waJaupun kesemua sampcl yang dianalisis berada pada aras aktiviti air (aw) 0.72. Insiden kontaminasi aflatoksin keseluruhan (B\ + G1) juga didapati tinggi (50%) dalam julat 0.85-762.0S ppb dan 4S% daripadanya melebihi had maksima yang dibenarkan di Malaysia menurnt Peraturan Makanan 1985. Kehadiran AF -B) (r = 0.216) dan AF-GJ (r = 0.272) didapati berkorelasi secara lemah (p < 0~6S) denganjumlah kiraan koloni A. flavus. Kehadiran AF-B) adalah berkorelasi secara sederhana (r = 0.698; P < O.O5) dengan kehadiran AF-G\. Walau bagaimanapun didapati tiada korelasi yang signifikan (p > O.OS) di antara nilai aktiviti air (aw) sampel dengan kehadiran kumpuJan A. flavus, AF-BJ dan AF-G\. Kesan perlakuan pemanggangan kacang tanah menggunakan oven terhadap degradasi AF-B\ dan AF-G1 yang sengaja dimasukkan (S) dan yang secara semulajadi mencemari (N) sampel juga telah dikaji. Pasangan perlakuan l50°C-3 jam didapati paling berkesan untuk rnernusnahkan AF-B\ (S) dan AF-B\ (N) di dalam kacang tanah mentah tanpa kulit. Pasangan suhu-masa yang paling berkesan untuk memusnahkan AF-Gl (S) ialah 120°C-3 jam yang mana menunjukkan degradasi setinggi 84% dan tidak berbeza secara signifikan (p > 0.05) dengan keberkesanan pasangan 13soC-3 jam dan lS0°C-3 jam. AF-G\ (N) pula dimusnahkan dengan paling berkesan oleh pasangan IS0°C-1 jam yang menunjukkan peratus degradasi tertinggi (67%). Secar~ keseluruhannya didapati tahap kestabilan AF-Bl (S) dan AF-B\ (N~ terh~dap degrada~l oleh perlakuan haba adalah harnpir sarna. Sebaliknya AF-G\ (S) dldapatl kurang stabll terhadap perlakuan haba berbanding dengan AF-G) (N).

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: The ISOLUTE™ Multimode Column (IMC) , contaminated by aflatoxins (AF).
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 18 Sep 2019 01:32
Last Modified: 18 Sep 2019 01:32
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23572

Actions (login required)

View Item View Item