Sikap dan tindak balas pengguna terhadap isu-isu keselamatan makanan

Sharifudin Md. Shaarani, Sikap dan tindak balas pengguna terhadap isu-isu keselamatan makanan. (Unpublished)

[img] Text
Sikap dan tindakbalas pengguna terhadap isu-isu keselamatan makanan.pdf

Download (97kB)

Abstract

Suatu tinjauan telah jalankan yang melibatkan 200 orang. Tinjauan ini telah dijalankan di sekitar Kota Kinabalu iaitu di pasar-pasar raya, pasar tamu dan pusat membeli-belah. Kajian ini bertujuan untuk menilai sikap dan tindakbalas pengguna terhadap isu-isu keselamatan makanan. Satu borang soalselidik telah digunakan untuk mengumpul datadata yang diperlukan. Hasil daripada tinjauan ini menunjukkan majoriti daripada responden (77.5%) tidak pemah didedahkan mengenai Akta dan Peraturan Makanan. Manakala kepekaan mereka terhadap keperluan perundangan makanan juga rendah(45.0%). Oleh itu ramai responden (61.0%) merasakan kurang pasti bahawa perundangan makanan dapat mencegah bahaya yang datang daripada makanan. Semua responden (100.0%) bersetuju bahawa industri makanan perlu mempunyai suatu sistem jaminan mutu makanan untuk membantu mencegah isu-isu keselamatan daripada berlaku. Apabila membeli sesuatu produk makanan kriteria yang paling dititik-beratkan ialah tanda jaminan mutu makanan (64.0%), manakala rupa serta jenama produk itu paling kurang diambil kira (42.5%). Semua responden (100.0%) menyatakan bahawa isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan makanan adalah penting. Responden-responden ini menunjukkan kepekaan yang sederhana (62.5%), tinggi (19.5%) dan rendah (18.0%) terhadap isu-isu keselamatan makanan. Seramai 35.0% daripada responden ini pernah mengalami keracunan makanan dan majoriti dari golongan ini (71.4%) yang mendapatkan rawatan dan membuat laporan rasmi. Pengetahuan asas responden terhadap amalan penyediaan makanan amnya adalah baik. lni kerana responden mengetahui langkah-langkah asas dalam penyelenggaraan makanan seperti amalan membasuh tangan dengan sahun sebelum menyentuh makanan (96.5%), memakai pakaian tertentu ketika mengendalikan makanan (89.0%) dan mengasingkan makanan mentah daripada yang telah dimasak (42.0%). Isu keselamatan makanan yang berkaitan dengan mikrobiologi merupakan isu yang terpenting manakala isu logam herat dan interaksi makanan dengan bahan pembungkus merupakan isu keselamatan makanan yang kurang penting dari perspektif pengguna.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Kota Kinabalu , Sabah , consumer , product quality certification
Subjects: T Technology > TX Home economics
Divisions: FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 18 Sep 2019 01:46
Last Modified: 18 Sep 2019 01:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23575

Actions (login required)

View Item View Item