Kompetensi pengadil ragbi Malaysia

Mohamad Nizam Nazarudin, and Mohd Khairudin Abdullah, and Mohd Sobri Ismail, (2009) Kompetensi pengadil ragbi Malaysia. (Unpublished)

[img] Text
Kompetensi pengadil ragbi Malaysia.pdf

Download (77kB)

Abstract

Peranan dan kepentingan pengadil ragbi meningkat apabila jumlah perlawanan semakin meningkat dan tahap perlawanan sudah mula kearah profesional.Kesatuan Ragbi Sabah (KRS) menghadapi masalah mengenal pasti kompetensi yang sesuai bagi mengetengahkan pengadil ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini dikuti dengan masalah peratusan pemberhentian pengadil yang tinggi setelah mereka menjalani kursus kepengadilan atau setelah mengadili beberapa perlawanan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kompetensi pengadil ragbi dan tahap kompetensi yang diperlukan oleh pengadil Kesatuan Ragbi Sabah untuk cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Setelah kompetensi dikenal pasti maka ini akan memudahkan penapisan dan pemilihan pengadil yang benar-benar berwibawa, kekal lama sebagai pengadil dan menepati kriteria pengadil utama di Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM). Kajian ini merupakan kajian deskriptif dan inferensi bagi mendapatkan data kuantitatif yang berkaitan dengan kompetensi generik yang diperlukan dan kesediaan pengadil ragbi. Alat penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 64 orang pengadil ragbi kebangsaan (KRM) n=22, pengadil Kesatuan Ragbi Sabah (KRS) n=30 dan pemain ragbi kebangsaan, n=12. Soalselidik ini adalah diubahsuaikan daripada soal selidik Generic Competencies of Rugby Union Referee (2003) bagi mengenalpasti kompetensi generik yang diperlukan oleh pengadil ragbi untuk berjaya pada peringkat tertinggi dan bagi mengenalpasti kesediaan pengadil ragbi pula menggunakan soal selidik Australia Rugby Union Referee Competency Statement (2006) dansoalselidik Information· Technology Know/edge and Skills Diagnostic Tool (2003). Kebolehpercayaan soalan selidik ini adalah tingg pada nilai Cronbach's Alpha 0.97 semasa kajian rinti·s dan 0.819 semasa kajian sebenar. Stress tolerance, Respect, objectivity/Impartiality, Communication on the field-oral, Decisiveness , Fitness, Resoluteness , Athleticism, Flexibility, Problem analysis, Technical skills - law application, Leadership, Frustration tolerence dan Preparation adalah kompetensi yang paling penting. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pengadil KRM, pengadil KRS dan pemain ragbi kebangsaan terhadap kompetensi pengadil ragbi yang cemerlang. Kesemua hipotesis nol antara pengadil KRS dan KRM berkenaan tahap pengetahuan, kemahiran, sikap, keyakinan dan kesedian telah ditolak (sig-p =0.00< a=O.OS). Tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi pegadil KRS adalah tinggi tetapi bagi pengadil KRM pula adalah sederhana tetapi bagi tahap keyakinan pula didapati pengadil KRM berada pada. tahap tinggi berbanding pengadil KRS yang sederhana sahaja. 8agi tahap kesediaan pula kedua-dua kumpulan pengadil ini adalah di tahap sederhana sahaja. Rumusan menunjukkan pengadil KRS berpotensi untuk dibangunkan dan memerlukan latihan serta peluang mengadili perlawananan yang lebih tinggi statusnya.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Sport , refree , ragbi
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 18 Sep 2019 01:47
Last Modified: 18 Sep 2019 01:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23584

Actions (login required)

View Item View Item