Pencirian Hidrokimia dinamik sungai Kimanis dan Sungai Mandahan, Papar

Mohd Harun Abdullah, and Kawi Bidin, (2003) Pencirian Hidrokimia dinamik sungai Kimanis dan Sungai Mandahan, Papar. (Unpublished)

[img] Text
Pencirian Hidrokimia dinamik sungai Kimanis dan Sungai Mandahan.pdf

Download (64kB)

Abstract

Kajian ke atas kandungan nutrien (nitrat dan fosfat) dan beberapa parameter kualiti air lain di Sungai Kimanis telah dilakukan di tiga lokasi di sepanjang sungai tersebut. Turut dikaji adalah kualiti air di Sungai Mandahan dan muara Sungai Benoni. Sampel-sampel air sungai dan di muara sungai diperolehi selama tiga bulan bcrmula dari Oktober hingga Disembcr 2002. Kerja-kerja penganalisisan telah dilakukan di makmal Universiti Malaysia Sabah. Hasil kajian menunjukkan julat kepekatan bagi nitrat, 0.00 - 0.4 mgr' dan fosfat, 0.03 - 0.24 mgr'. Kepekatan nutrien di Sungai Kimanis adalah relatif lebih . tinggi pada bulan Oktober berbanding dengan bulan-bulan kemudiannya, yang diakibatkan oleh luahan air sungai yang lebih ban yak pada bulan tersebut. parameter parameter seperti suhu, pH, DO, BOD, kemasinan, kekonduksian elektrik, minyak dan gris telah menunjukkan Sungai Kimanis masih berada dalam kategori kelas 11 mengikut piawaian kualiti air negara. Kualiti air di muara Sg. Benoni dan Sg. Kimanis dipengaruhi oleh air pasang surut. Kandungan Zn dalam sedimen sungai agak rendah, manakala eu adalah agak tinggi nilainya.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: nutrients , nitrate , phosphate , Kimanis river
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 01 Oct 2019 23:45
Last Modified: 01 Oct 2019 23:45
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23680

Actions (login required)

View Item View Item