Faktor situasi keluarga dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar bermasalah

UNSPECIFIED (2010) Faktor situasi keluarga dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar bermasalah. (Unpublished)

[img] Text
Faktor situasi keluarga dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar bermasalah.pdf

Download (113kB)

Abstract

Tujuan kajian adalah untuk mengkaji hubungan faktor situasi keluarga (kawalan, keperihatinan sosial, dan konflik keluarga) dengan penghargaaan kendiri dalam kalangan pelajar bermasalah sekolah menengah di pedalaman pantai timur Sabah. Seramai 494 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini (349 = pelajar lelaki ; 145 = pelajar perempuan). Borang soal selidik mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A : Maklumat Demografi.Bahagian B : Alat kajian yang digunakan adalah Beck Codependence Assessment Scale (BCAS) untuk mengukur kebergantungan pelajar dan Bahagian C : adalah Rosenberg Self-Esteem Scale (RSE) bagi melihat penghargaan kendiri. Data kajian dianalisis dengan menggunakan SPSS Windows versi 15.00 . Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis hipotesis kajian dengan menggunakan ujian t dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar yang bermasalah adalah pada tahap sederhana iaitu 69.2 %. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor situasi keluarga (konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri (r =.22). Walau bagaimana pun tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi faktor situasi keluarga (kawalan dan keperihatinan) dengan penghargaan kendiri. Hasil anova sehala juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi penghargaan kendiri berdasarkan pendapatan, F(6,487) =2.94, k < 0.05. Ini menunjukkan pelajar-pelajar yang bermasalah perlu diberi perhatian yang lebih serius oleh pihak sekolah terutama untuk mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling supaya mereka mempunyai peluang yang sama dengan pelajar lain.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Family situational factors, family control, social concern, family conflict, selfesteem, problematic student
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 15 Oct 2019 08:24
Last Modified: 15 Oct 2019 08:24
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23821

Actions (login required)

View Item View Item