Stres, kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan pegawai polis dan pegawai imigresen di bandaraya Kota Kinabalu Sabah.

Patricia Joseph Kimong, and Ferlis Bahari, and Norzihan Ayub, and Wan Anor Wan Sulaiman, (2010) Stres, kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan pegawai polis dan pegawai imigresen di bandaraya Kota Kinabalu Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Stres kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan pegawai polis dan pegawai imigresen di bandaraya Kota Kinabalu Sabah.pdf

Download (116kB)

Abstract

Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengkaji sumber stres, strategi daya tindak, kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan pegawai polis dan pegawai imigresen di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Secara khususnya, kajian ini dilakukan bagi menjawab beberapa objektif khusus yang telah digariskan iaitu 1) menentukan hubungan antara sumber stres, strategi daya tindak, kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan pegawai polis dan imigresen, 2) menentukan perbezaan sumber stres, strategi daya tindak, kepuasan kerja dan komitrnen organisasi antara pegawai penguatkuasa yang terlibat dalam operasi membanteras pendatang asing dan bahagian pentadbiran, 3) mengenal pasti perbezaan sumber stres, strategi daya tindak, kepuasan kerja dan komitrnen organisasi berdasarkan jantina, status perkahwinan dan etnik. Data yang telah dikutip telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif yang melaporkan profil demografi responden. Bagi menentukan hubungan antara pembolehubah, analisis korelasi Pearson digunakan. Sementara, ujian-t sampel bebas digunakan bagi mengenal pasti perbezaan sumber stres, strategi daya tindak, kepuasan kerja dan komitrnen organisasi berdasarkan jantina dan status perkahwinan. Akhir sekali, ujian ANOVA Sehala Sampel Bebas digunakan bagi menguji perbezaan stres, kepuasan kerja, strategi daya tindak dan komitrnen organisasi berdasarkan etnik. Kesemua ujian statistik telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS for Windows versi 17.0. Seramai 163 pegawai polis dan imigresen telah dijadikan sebagai subjek kajian. Instrumen yang digunakan merupakan satu set soal selidik yang merangkumi bahagian profil demografi, Indikator Stres Pekerjaan (ISP), Job Descriptive Index (JOI) dan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ). HasH kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara sumber stres dan strategi daya tindak; hubungan positif yang signifikan antara strategi daya tindak dan komitrnen organisasi; hubungan positif yang signifikan antara kepuasan kerja keseluruhan dan komitmen terhadap organisasi. Selain itu, kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi sumber stres antara kakitangan yang bekerja di bahagian pentadbiran dan kakitangan yang bekerja di bahagian penguatkuasa. Kajian turut mendapati wujud perbezaan kepuasan kerja keseluruhan antara kakitangan di bahagian pentadbiran dan penguatkuasa. Selain itu, kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi komitmen organisasi pekerja yang telah berkahwin dan belum berkahwin. Akhir sekali, kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi strategi daya tindak mengikut etnik. Didapati min strategi daya tindak etnik Melayu Brunei lebih tinggi dicatat berbanding etnik Bajau.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Stress , police , immigration , Kota Kinabalu, Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 16 Oct 2019 23:46
Last Modified: 16 Oct 2019 23:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23836

Actions (login required)

View Item View Item