Penghasilan kordial luo han guo (siraitia grosvenori) campuran gou qi zi (lycium chinense)

Chieng, Hing Chuon (2007) Penghasilan kordial luo han guo (siraitia grosvenori) campuran gou qi zi (lycium chinense). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000061.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Penghasilan Kordial Luo Han Guo campuran Gou Qi Zi ini adalah bertujuan untuk membangunkan produk yang baru yang berasaskan herba iaitu Luo Han Guo ( Siraitia grosvenori Swingle) dan Gou Qi Zi (Lycium Chinense). Penghasilan kordial Luo Han Guo campuran ini melibatkan 4 peringkat pemprosesan. Penghasilan 9 formulasi yang berdasakan perubahan terhadap peratusan jus ekstrak Luo Han Guo dan Jus ekstak Gou Qi Zi. Ujian pemeringkatan BIB telah dilakukan untuk memilih 4 formulasi yang terbaik daripada 9 jenis formulasi dengan melalui penilai sensori. Seterusnya, 4 formulasi yang dipilih oleh ujian pemeringkat BIB akan diteruskan ujian skala hedonik untuk memilih penghasilan produk ynag tebaik. Segala data-data yang diperolehi daripdada ujian sensori dianalisis dengan ujian ANOVA dan Turkey. Maka F8 telah dipilih sebagai produk yang terbaik. Ini adalah formulasi ke lapan disebabkan mempunyai nilai skor min yang tertinggi untuk warna (5.32±0.18), aroma (5,13±0.24), mouthfeel (5.40±0.21), atribut aftertaste (5.23±0.29) dan akhir sekali atribut penerimaan keseluruhan (5.45±0.13). F8 mengandungi 20%jus ekstrak Luo Han Guo, 20% jus ekstark Gou Qi Zi, 0.5% bagi gam xathan, 45% gula dan air suling disesuaikan kepada 100%, iaitu, 14.5%. Selepas pemilihan produk kordial yang terbaik , analisis proksimat haruslah dilakukan. Terdapat 32.4±0.57% bagi kandungan air, 1.02±0.057% kandungan abu, 1.23±0.05% kandungan abu, 1.23±0.05% bagi kandungan serabut kasar, 0.33±0.03% bagi protien, 0.15±0.02% bagi lemak, karbohidrat adalah sebanyak 64.87% dan akhir sekali ialah vitamin C (asid askorbik) sebanyak 3.02±0.30 mg/100g. Sampel formulasi yang terbaik (F8) telah disimpan bagi tempoh 7 mingggu pada suhu bilik untuk mengkaji beberapa perubahan fizikokimia kordial seperti pH dan jumlah pepejal larut (°Briks). Semasa penyimpanan kordial, jumlah pepejal larut megalami peningkatan berlaku iaitu clad 47.9±0.00°Briks (hari pertama) meningkat menjadi 48.3±0.00°Briks ( minggu ketujuh). Manakala nilai pH pula, kejatuhan nilai pH pada semsa tempoh penyimpaan 7 minggu. 4.35±0.00 (had pertama) menurun sehingga 4.32±0.00 (minggu ketujuh). Ujian mikrobiologi menunujukan bahanwa produk akhir bebas daripada pertumbuhan bererti bagi mikroorganisama iaitu untuk kiraan kulat dan yis serta kiraan jumlah plat. Penilaian sensori secara perbandingan berganda adalah mengenal pasti perbezaan antara perubahan sampel yang disimpan selama 7 minggu dengan sampel yang segar. Terdapat perubahan yang signifikan (p<0.05)pada minggu 7 berbandingan produk yang baru dihasil dad segi atribut wama, aroma, aftertaste dan penerimaan keseluruhan. Produk minuman Kordial Luo Han Guo campuran Gou Qi Zi juga diuji oleh pengguna awam di sekitar bandar Kota Kinabalu terutamanya di tamu KPD Likas. Keputusannya agak memuaskan dan menggalakkan dari tahap kesukaan pengguna dan potensi pembelian jika produk ini dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Luo han guo cordial, Gou qi zi, Luo han guo, Siraitia grosvenori Swingle, Lycium chinense
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Mar 2011 03:15
Last Modified: 12 Oct 2017 08:49
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2384

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository