Fordisme dan post-fordisme: kajian awal proses buruh dalam industri kereta di Malaysia

Rosazman Hussin, Fordisme dan post-fordisme: kajian awal proses buruh dalam industri kereta di Malaysia. (Unpublished)

[img] Text
Fordisme dan post fordisme.pdf

Download (121kB)

Abstract

Perubahan bentuk pengeluaran tradisional kepada ciri-ciri pengeluaran moden sesebuah masyarakat biasanya ditandai oleh pelbagai perubahan dalam ragam pengeluaran barangan, teknologi dan tahap kemahiran buruhnya. Justeru itu, konsep Fordisme telah dibincangkan oleh Sayer (1989) sebagai suatu konsep pengkategorian bagi mengukur proses buruh dalam pengeluaran barangan dan perhidmatan massa dalam sesebuah organisasi industri. Makna konsep Fordisme oleh Sayer inilah yang akan digunakan sebagai rangka teori dalam penyelidikan ini. Misalnya, kejayaan besar pengeluaran kereta oleh Ford Motor Company pada 1913 di Amerika Syarikat dikatakan kerana keupayaan para pengurus dan jurutera syarikat ini mengubahsuai dan mengamalkan corak pengurusan saintifik yang diasasken oleh Taylor. Namun, Taylorisme atau Fordisme telah dikritik oleh Braverman (1974) dengan mengatakan bahawa Taylorisme atau Fordisme ini telah mengakibatkan deskilling. Sebaliknya, Murray (1989) mendakwa proses buruh berbentuk post-fordisme yang flexible sifatnya sangat diperlukan oleh sektor perkilangan masa kini. Oleh itu, kajian awal ini ingin memeriksa dan menilai persoalan sejauhmanakah kecekapan pengurusan saintifik Fordisme dan Post-Fordisme ini telah menyumbang kecekapan dalam proses buruh dan produktiviti kilang terutama dalam konteks industri kereta khususnya di Sabah dan di Malaysia amnya.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Workers , automotive industry , modern society
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 29 Oct 2019 23:44
Last Modified: 29 Oct 2019 23:44
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23887

Actions (login required)

View Item View Item