Kajian perbandingan tahap pengambilan dan pencernaan makanan oleh kambing Boer jantan terhadap pelet sawit feeds berbanding pelet komersial

Muhammad Aiman Abdul Razak, (2017) Kajian perbandingan tahap pengambilan dan pencernaan makanan oleh kambing Boer jantan terhadap pelet sawit feeds berbanding pelet komersial. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kajian perbandingan tahap pengambilan dan pencernaan makanan oleh kambing Boer jantan terhad.pdf

Download (1MB)

Abstract

Memandangkan kawasan untuk menanam pastura dan foder semakian terhad serta kos makanan ternakan sangat mempengaruhi kos keseluruhan pengeluaran ternakan, satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji potensi pengambilan makanan dan pencernaan pelet buatan tempatan iaitu pelet Sawit Feeds yang dibuat mengunakan bahan sampingan industri asas tani iaitu pelepah kelapa sawit (OPF), hampas kelapa sawit (PKC) dan campuran bahan-bahan lain dibandingkan degan pelet komersial. Kedua-dua bahan kajian tersebut telah diberi makan kepada 6 ekor kambing Boer jantan yang terdapat di ladang Falkuti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah, kampus Sandakan. 3 ekor kambing Boer jantan telah diberi pelet Sawit Feeds dan tiga ekor selebihnya telah diberi pelet komersial. Hasil dapatan kajian ini mendapati tahap pengambilan makanan terhadap pelet Sawit Feeds adalah lebih tinggi berbanding pelet komersial iaitu bagi pengambilan bahan kering (DM) (g hari-1 DM) 720.6 lwn. 668.1, serat detergen asid (ADF) (g hari-1 DM) 278.7 lwn. 141.4, protein kasar (CP) (g hari-1 DM) 109.3 lwn. 98.7 dan tanaga mentah (GE) (kcal/kg-1 DM) 3276.8 lwn. 3021.12. Selain itu, tahap pencernaan makanan dalam kajian ini mendapati pelet komersial lebih tinggi berbanding pelet Sawit Feeds iaitu bagi DM 53.39% lwn. 74.44%, ADF 30.0% lwn. 48.59%, CP 74.96% lwn. 72.92% dan GE 58.33% lwn. 75.94%. Semua dapatan tersebut mempunyai perbezaan bererti (p<0.05) kecuali tahap pencernaan CP. Dapatan kajian dianalisis perbandingan secara statistik melalui menggunakan T-test Sampel Bebas.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Pasture and fodder , agriculture , palm oil fronds (OPF)
Subjects: Q Science > QK Botany
S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 05 Nov 2019 00:53
Last Modified: 05 Nov 2019 00:53
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23888

Actions (login required)

View Item View Item