Pembangunan minuman jus mangga campuran rumpai laut

Farah Khairunnisa Matjhilin, (2007) Pembangunan minuman jus mangga campuran rumpai laut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
5Mb

Abstract

Pembangunan minuman jus mangga campuran rumpai laut telah berjaya mencapai objektif kajian. Tujuan utama penghasilan minuman jus mangga campuran rumpai laut adalah untuk mempelbagaikan lagi minuman jus buah-buahan di samping membangunkan produk makanan dari rumpai laut. Jus yang dihasilkan telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli panel. Formulasi terbaik, F1, diperolehi melalui penilaian sensori melibatkan ujian pemeringkatan dan ujian hedonik yang telah dijalankan oleh ahli panel yang terdiri daripada pelajar Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah. Formulasi F1 telah diuji dari segi kawalan mutu simpanan yang merangkumi analisis fizikokimia, analisis mikrobiologi dan juga analisis sensori. Analisis fizikokimia merangkumi pengukuran nilai pH, kandungan pepejal terlarut dan peratus keasidan tertitrat. Hasil ujian kawalan mutu simpanan selama 8 minggu menunjukkan jus campuran yang dihasilkan mengalami perubahan dari segi nilai pH, kandungan pepejal terlarut dan peratus keasidan tertitrat. Sampel yang disimpan pada suhu sejuk mempunyai pH 4.31 ± 0.04, kandungan pepejal terlarut 12.07 f 0.12 °Briks, dan kandungan keasidan tertitrat 0.56 ± 0.02 sebelum penyimpanan. Setelah penyimpanan sampel mengalami perubahan dan telah menurun kepada pH 2.73 ± 0.02, kandungan pepejal terlarut 5.93 f 0.12 °Briks, dan kandungan keasidan tertitrat meningkat kepada 1.28 ± 0.02. Jumlah kiraan plat pada minggu ke-6 bagi media PCA dan PDA adalah 6.0 x 10⁶ dan 5.0 x 10⁴. Oleh itu, jus mangga campuran rumpai laut yang dihasilkan mempunyai jangka hayat penyimpanan selama 6 minggu.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Mango mixed with seaweed juice,
Subjects:?? TP500-660 ??
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:2390
Deposited By:IR Admin
Deposited On:17 Mar 2011 16:48
Last Modified:17 Mar 2011 16:48

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository