Kesan baja organik terhadap pertumbuhan dan hasil bayam (Amaranthus Gangeticus)

Hezron Clanery Henry M .R .S, (2017) Kesan baja organik terhadap pertumbuhan dan hasil bayam (Amaranthus Gangeticus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kajian ketoksikan acetamiprid terhadap mortaliti lalat putih dewasa.pdf

Download (855kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenali pasti dan mengkaji kesan baja organik terhadap pertumbuhan dan hasil bayam. Kajian ini telah dijalankan di bawah rumah lindungan hujan, Fakulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah. Penyelidikan ini dijalankan selama 21 hari menggunakan reka bentuk eksperimen penuh rawak (CRD). Bayam tersebut telah ditanam dalam polibeg dan lima rawatan digunakan dalam eksperimen ini. Rawatan yang telah digunakan ialah, T1 (tanah atas) sebagai kawalan, T2 (Tinja ayam), T3 (Baja Organik H18), T4 (Baja Organik H888) dan T5 (Tinja Kambing). Parameter yang telah direkodkan dalam eksperimen ini ialah bilangan daun, ketinggian pokok, berat basah dan ukur lilit batang bayam. Setiap data yang direkod telah dianalisa dengan menggunakan SAS versi 9.4. Hasil kajian menunjukkan rawatan baja organik memberi kesan bererti terhadap pertumbuhan dan hasil bayam. Rawatan T2 iaitu tinja ayam telah memberikan peningkatan yang terbaik dalam prestasi pertumbuhan dan hasil bayam.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Organic fertilizer , Spinach , botany
Subjects: Q Science > QK Botany
S Agriculture > SB Plant culture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 31 Oct 2019 07:47
Last Modified: 31 Oct 2019 07:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23923

Actions (login required)

View Item View Item