Perubahan fizikokimia pisang saba semasa kematangan buah

Halimatussmdiah Abdu Rahim, Perubahan fizikokimia pisang saba semasa kematangan buah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Perubahan fizikokimia pisang saba semasa kematangan buah.pdf

Download (1MB)

Abstract

Perubahan Fizikokimia Buah Pisang Saba Semasa Kematangan Kajian tentang perubahan fizikokimia buah Pisang Saba (Musa sp.) mengikut indeks kematangan telah dijalankan. Empat indek berbeza Pisang Saba: hijau, hijau kekuningan, kuning kehijauan dan kuning telah dianalisis untuk mendapatkan perubahan fizikokimia semasa kematangan. Sampel telah diambil dari Plot Pisang Saba Fakulti Pertanian Lestari (FPL) dan terus dinilai di Makmal Lepastuai (FPL). Pemilihan sampel adalah berdasarkan kepada indek kematangan. Penilaian dibuat pada tandan tua pisang yang menunjukkan perbezaan indeks dari hijau ke kuning. Perubahan fizikokimia ditetapkan berpandukan berat, panjang, diameter, kecerahan warna (L), kromatositi warna (C), sudut hue warna 0 (h), nilai pH, kekerasan (kgf), Jumlah Pepejal Larut (JPL), Keasidan tertitrat, peratus kandungan berat kering dan kandungan lembapan. Analisis varians menunjukkan bahawa keempat-empat indeks adalah bererti terhadap hampir kesemua parameter yang telah dinilai, diikuti dengan Perbezaan bererti terkecil (LSD) sebagai rujukan data. Kesimpulannya, peratus penurunan kekerasan yang diperolehi bagi indeks kematangan 100% hijau ke 100% kuning adalah sebanyak 82%, nilai pH (28%), diikuti oleh jumlah pepejal larut yang meningkat naik sebanyak 72% dalam proses keranuman, seterusnya mempengaruhi perubahan pada keasidan tertitrat semasa keranuman iaitu sebanyak 84.4%. Jadi kajian ini telah diuji dengan pembuktian standart piawai dan dinilai berdasarkan pekali ubahan di bawah 20% dengan hasil kajian yang boleh dipercayai.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Saba Banana , agriculture , fruit
Subjects: Q Science > QK Botany
S Agriculture > SB Plant culture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 31 Oct 2019 07:47
Last Modified: 31 Oct 2019 07:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23927

Actions (login required)

View Item View Item