Persepsi tiga kumpulan yang berbeza mengenai factor sosioekonomi terhadap penternakan lembu pedaging di Sabah

Grantley Godfrey, (2018) Persepsi tiga kumpulan yang berbeza mengenai factor sosioekonomi terhadap penternakan lembu pedaging di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Persepsi tiga kumpulan yang berbeza mengenai factor sosioekonomi terhadap penternakan lembu pedaging di Sabah.pdf

Download (986kB)

Abstract

Industri penternakan lembu pedaging merupakan salah satu industri yang penting di Malaysia kerana ianya merupakan salah satu sumber protein yang penting dalam diet manusia. Waiau bagaimanapun, tahap sara diri daging lembu masih pada tahap yang rendah. Negara kita masih lagi bergantung kepada daging import dari Negara lain. Persepsi yang dikaji pada kumpulan industri lembu pedaging memberikan informasi mengenai industri lembu pedaging yang berlaku pada hari ini. Perbezaan pensepsi antara warga industri lembu pedaging dengan kumpulan pelajar program penternakan dan kumpulan pengguna memberikan gambaran tentang keadaan industri pada masa kini. Oleh itu, sebuah kajian yang dilaksanakan sejak September hingga November 2017 di Tawau dan Lahad Datu Sabah dijalankan untuk mengetahui latar belakang demografi dan persepsi pada kumpulan industri lembu pedaging untuk mendapatkan gambaran mengenai industri lembu pedaging di Sabah. Perisian Mini Tab 16 digunakan untuk memudahkan analisis korelasi antara faktor demografi dan persepsi kumpulan industri lembu pedaging tersebut. Persepsi daripada kumpulan pelajar penternakan dan kumpulan pengguna di ambil untuk mengkaji perbezaan persepsi antara tiga kumpulan tersebut. Secara umumnya, purata umur bagi kumpulan industri pedaging adalah 27.6 tahun. Purata bagi pengalaman pula adalag 7.9 tahun. Manakala, tahap pendidikan adalah pelbagai. Kajian ini juga menunjukkan keseluruhannya tiada perbezaan bererti pada faktor demografi dan persepsi kumpulan industri pedaging. Waiau bagaimanapun, perbandingan persepsi menunjukkan adanya perbezaan pendapat terhadap tiga kumpulan. Kesimpulannya, perbezaan persepsi ini boleh diselaraskan untuk mencapat pengeluaran yang lebih baik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Beef cattle industry , protein , Sabah
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 01 Nov 2019 00:17
Last Modified: 01 Nov 2019 00:17
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23959

Actions (login required)

View Item View Item