Pertumbuhan dan komposisi karkas ayam kampung kacukan dan ayam pedaging jenis Cobb

Vesfony Voo, (2018) Pertumbuhan dan komposisi karkas ayam kampung kacukan dan ayam pedaging jenis Cobb. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Pertumbuhan dan komposisi karkas ayam kampung kacukan dan ayam pedaging jenis Cobb.pdf

Download (1MB)

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah. Kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk mengkaji pertumbuhan dan komposisi karkas ayam bagi ayam kampung kacukan sebanyak 23 ekor dan ayam pedaging sebanyak 15 ekor. Baka yang digunakan dalam kajian ini adalah baka kacukan (ayam kampung dengan Hisex Brown) dan ayam pedaging jenis Cobb. Kajian ini telah dijalankan di Fasiliti Ternakan Ayam Separa Intensif, Fakulti Pertanian Lestari, UMS, Kampus Sandakan yang terletak di Batu 10 Sungai Batang, Sandakan Sabah. Tempoh kajian ini telah dijalankan selama 4 bulan termasuk menjaga dan mengurus ayam dari umur sehari (day old chick) sehingga proses penyembelihan yang mana ayam kampung kacukan dijaga sehingga berumur 14 minggu manakala ayam pedaging sehingga minggu ke lapan. Objektif kajian ini adalah untuk menilai pertumbuhan dan komposisi karkas ayam bagi ayam kampung kacukan dan ayam pedaging. Parameter yang diukur dalam kajian ini adalah berat hidup, peratusan karkas dan komposisi karkas, pengambilan makanan, kadar kematian dan nisbah penukaran makanan bagi ayam kampung kacukan dan ayam pedaging. Hasil kajian telah tercapai dengan menunjukkan pertumbuhan yang lambat pada ayam kampung kacukan dan cepat pada ayam pedaging. Komposisi karkas ayam dalam bentuk berat dan peratus juga adalah rendah bagi ayam kampung kacukan dan tinggi bagi ayam pedaging.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Cobb Chicken , Sabah , hybrid chickens
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 01 Nov 2019 00:18
Last Modified: 01 Nov 2019 00:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23960

Actions (login required)

View Item View Item