Kesan ketoksikan insektisid Cyfluthrin terhadap mortaliti larva kumbang Sadak ( Oryctes Rhinoceros L.), perosak kelapa sawit di Sg.Batang,Sandakan

Era Herdawati Endin, Kesan ketoksikan insektisid Cyfluthrin terhadap mortaliti larva kumbang Sadak ( Oryctes Rhinoceros L.), perosak kelapa sawit di Sg.Batang,Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Keutamaan dan kekangan dalam pengurusan sawit di kalangan para peneroka di Gugusan Panching, daerah Kuantan,Pahang.pdf

Download (1MB)

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di makmal Entomologi Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dan membandingkan kesan ketoksikan mengikut dos dan masa serta mengkaji tahap kerintangan 'resistance ratio' bahan kimia Cyfluthrin terhadap mortaliti larva kumbang badak ( Oryctes rhinoceros), di antara Ladang Persendirian (Ladang 1) dan Ladang Syarikat Majulah (Ladang 2). Dalam kajian ini, 4 rawatan telah digunakan iaitu dos kawalan O ng/g, dos 7.5xl05 ng/g, dos 15x105 ng/g dan dos 30xl05 ng/g. Setiap rawatan mempunyai tiga replikasi dan disusun menggunakan rekabentuk 'Completely randomized Design' (CRD) dan data mortaliti yang diperoleh di analisis menggunakan Poloplus©. Keputusan kajian mendapati bahawa tiada perbezaan bererti pada tahap ketoksikan insektisid Cyfluthrin terhadap mortaliti larva O. rhinoceros di kedua-dua kawasan kajian (Ladang Persendirian dan Ladang Syarikat Majulah). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kadar mortaliti individu bagi dos 30x105 ng/g adalah tinggi pada Ladang Persendirian iaitu sebanyak 11 ekor larva berbanding Ladang Syarikat Majulah iaitu hanya 8 ekor larva. Kadar mortaliti bagl LDso yang tertinggi adalah pada jam ke 96 iaitu dos LD9o pada nilai 152.829 manakala dos LDso pula pada 18.436. Hasil daripada Ujian 'Parallelism' dalam kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaaan bererti bahan aktif Cyfluthrin di antara Ladang Persendirian dan Ladang Majulah (x2=0.63, df=l, p=0.428). Hipotesis keselarian diterima dan mempunyai kecerunan yang tidak jauh berbeza. Selain itu, dapat disimpulkan bahawa potensi relatif bahan kimia adalah sama. Manakala hipotesis 'equality' adalah diterima di mana (x2= 1.40, df=l, P=0.495). Kecerunan cerun dan pemintasan garisan regresi adalah sama. Analisa 'factor heterogenity' bagi Ladang Persendirian ialah 0.042 dan Ladang Syarikat Majulah lalah 0.002 dimana kedua-dua nilal adalah < 1.0 dan menepati model. Berdasarkan skala, nisbah kerintangan tertinggi LDso bagi Ladang Persendirian (9.648) dan Ladang Syarikat Majulah adalah (8.143), dimana kedua-dua ladang berada dalam tahap kerintangan yang rendah manakala nisbah kerintangan yang tertinggi bagi LD90 ialah Ladang Persendirian (109.93) iaitu kerintangan tinggi, manakala Ladang Syarikat Majulah ialah (37.579) dengan tahap kerintangan sederhana.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Cyfluthrin , insecticide , rhinoceros beetle
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
S Agriculture > SF Animal culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 05 Nov 2019 00:54
Last Modified: 05 Nov 2019 00:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23983

Actions (login required)

View Item View Item