Penilaian terhadap kesan sejuk beku semen ayam kampung ( Gallus Gallus) menggunakan Etilena Glikol dan Guserol sebagai Pengawetan-Krio

Nurul Nasuha Md Fauzan, (2018) Penilaian terhadap kesan sejuk beku semen ayam kampung ( Gallus Gallus) menggunakan Etilena Glikol dan Guserol sebagai Pengawetan-Krio. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Penilaian terhadap kesan sejuk beku semen ayam kampung.pdf

Download (1MB)

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menilai kesan sejuk beku terhadap semen ayam Kampung ( Gallus gal/us) dengan mengunakan kepekatan berlainan bagi Etilena glikol dan Gliserol sebagai Pengawetan-krio. Kajian ini telah dijalankan di rumah ayam separuh intensif,Fakulti Pertanian Lestari (FPL, Universiti Malaysia Sabah untuk pengumpulan semen dan makmal Anatomi Fakulti Pertanian Lestari(FPL) untuk penilaian semen. Tempoh kajian ini adalah dari Oktober sehingga November 2017. Dalam kajian ini empat ekor ayam kampung telah dipilih, secara rawak di mana air mani segar tersebut telah dikumpulkan dalam tiub appendorf. Kajian ini telah diulang sebanyak empat kali replikatsi dengan mengunakan reka bentuk rawak lengkap. Air mani segar telah dikumpulkan dan dinilai berdasarkan beberapa ciri-ciri iaitu isipadu semen, kepekatan, warna dan kosistensi, motility (MMOT) dan molititi individu. Dalam kajian ini purata jumlah air mani yang dikumpulkan ialah 0.22±0.02 ml dengan warna kosistensi yang dicatatkan ialah 2.25±0.50 dan purata kepekatan ialah 1.08±0.02x 109 sperma/ml, bagi purata MMOT pula ialah 4.75±0.50, pergerakan individu ialah 94.75±3.40. Setelah penilaian semen segar dilakukan, 350µ1 semen dilarutkan ke dalam 5 ml campuran Ringers dan rawatan yang berlainan kepekatan iaitu 5%, 8% dan 10% bagi Etilena glikol (ETG) dan Gliserol (G). Kemudian 300µ1 campuran tersebut (semen+rawatan) diletakkan kedalam 1.5ml tiub micro. Seterusnya tiub mirco diletakkan kedalam bekas yang direka khas yang berisi alkohol methanol 95%. Setelah itu penilaian semen untuk hari O dilakukan, suhu dicatatkan kemudian bekas diletakkan kedalam peti sejuk beku pada suhu 2°C dan suhu dicatatkan setiap setengah jam daripada 23°C hingga 5°C. Penilaian sperma seturusnya dilakukan pada hari ketiga dan keenam penyimpanan sejuk beku. Keputusan daripada hasil kajian mendapati terdapat perbezaan signifikan bagi daya maju sperma pada hari ke 3 (10% G) dan ke 6 (5% ETG, 8% ETG dan 10% ETG) bagi hari 0, pada hari ke 3 dan ke 6 terdapat penurunan tren. Seterunya untuk kadar hidup sperma terdapat perbezaan signifikan bagi kesemua rawatan (p<0.05). Pada hari ke enam rawatan 5% G adalah rawatan yang mempunyai purata yang tinggi (29.69±2.33). dan 10% G menunjukkan purata terendah (19.81±1.11). Terdapat penurunan tren bagi kadar hidup sperma merentasi hari ke-6. Kemudian kadar mati Sperma yang tertinggi bagi hari ke-6 ialah 10%G (80.19±1.11) dan purata min terendah ialah 5% G (70.31±2.33). terdapat perbezaan ketara bagi kesemua rawatan (p<0.05) dan tren purata min adalah meningkat. Akhir sekali ialah abnormaliti sperma, trem bagi purata abnormality ialah meningkat merentasi hari ke-6. Terdapat pebezaan ketara bagi rawatan ETG dan G. Purata min tertinggi ialah 10%G (97.15±6.40) dan yang terendah ialah 8% ETG (32.89±5.23b). Kesimpulannya rawatan 5% dan 8% ETG adalah rawatan yang sesuai untuk kaedah sejuk beku. pengawetan-krio.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Freezing , Kampung chicken , agriculture
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 05 Nov 2019 00:55
Last Modified: 05 Nov 2019 00:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23985

Actions (login required)

View Item View Item