Prestasi pengeluaran dan pembiakan lembu pedaging di bawah perladangan kelapa sawit di kawasan Pantai Timur Sabah

Jess Evon Jailani, (2018) Prestasi pengeluaran dan pembiakan lembu pedaging di bawah perladangan kelapa sawit di kawasan Pantai Timur Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Prestasi pengeluaran dan pembiakan lembu pedaging di bawah perladangan kelapa sawit di kawasan Pantai Timur Sabah.pdf

Download (960kB)

Abstract

Industri kelapa sawit di Malaysia telah berkembang pesat dari 60,000 hektar pada 1964-4,490,000 ha pada tahun 2008. (Dasar Pertanian Negara ke-3). Lebih daripada 80% daripada kawasan matang boleh memberikan peluang yang besar untuk integrasi dengan ternakan terutamanya lembu pedaging. Ini adalah untuk memaksimumkan penggunaan sumber pengeluaran di ladang kelapa sawit seperti makanan (produk sampingan), kawasan (tanah) dan tenaga kerja. Lembu integrasi dalam ladang kelapa sawit menawarkan salah satu pilihan yang terbaik untuk meningkatkan daging lembu tempatan dan bekalan tenusu. Kajian dan pemerhatian mengenai integrasi lembu pedaging dengan kelapa sawit telah menunjukkan prestasi yang menjanjikan dari segi penjimatan kos dalam merumput dan kos buruh, serta meningkatkan kesan biologi dan agro-ekosistem. Kajian dijalankan untuk mengetahui prestasi pembiakan dan pengeluaran lembu di ladang integrasi. Hasil kajian menunjukkan pembiakan dan pengeluaran lembu pedaging berbeza mengikut pengurusan baka. Baka tempatan menunjukkan prestasi yang baik berbanding lembu luar dan kacukan, dari segi berat badan semasa, skor keadaan badan dan juga dari degi prestasi pembiakan. Dari segi pengeluaran pula lembu tempatan menyanyingi lembu import melalui sistem penternakan yang berbeza. Kajian ini dikukuhkan menggunakan ujian analisis stastistik ujian T. Keputusan dibentangkan menggunakan jadual dan graf. Kedua-dua hipotesis diterima iaitu prestasi pembiakan dan pembakaan berbeza melalui sistem penternakan yang berbeza dan baka.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Agritulture , oil palm industry , Sabah
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 05 Nov 2019 00:55
Last Modified: 05 Nov 2019 00:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23986

Actions (login required)

View Item View Item